Kamera

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Large format camera lens.

Kamera ialah alat yang digunakan untuk merakam imej sebagai gambar foto yang pegun atau satu susunan imej bergerak (filem atau video). Istilah ini serta kamera masa kini berevolusi dari camera obscura, frasa bahasa Latin bagi "bilik gelap", suatu mekanisme awal bagi memaparkan imej, yang mana seluruh bilik yang berfungsi sebagai sistem penghasilan imej tepat pada masa. Camera obscura ini mula-mula dicipta oleh ahli sains Muslim bernama Abu Ali Hasan Ibn Al-Haitham dan disifatkan dalam buku beliau bertajuk Kitab al-Manazir ("Buku Optik", 1015-1021).[1] Saintis berbangsa Inggeris Robert Boyle dan Robert Hooke kemudiannya mencipta camera obscura yang mudah alih sekitar 1665-1666.[2]

Kamera boleh berfungsi melalui cahaya spektrum nyata atau melalui bahagian-bahagian lain pada spektrum elektromagnetik. Sesebuah kamera biasanya berlampirkan sejenis rongga dengan satu bukaan di sebelah bagi memasukkan cahaya, dan satu permukaan rakaman atau pandangan bagi menangkap cahaya itu pada sebelah yang lain. Kebanyakan kamera mempunyai sebutir lensa yang terlatak di hadapan bukaan kamera untuk mengumpul cahaya yang masuk dan untuk memfokuskan imej, atau sebahagian imej, pada permukaan rakaman. Diameter bukaan itu biasanya dikawal oleh satu mekanisme diafragma, namun ada kamera yang mempunyai bukaan bersaiz tetap.

Jenama kamera[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Galeri kamera[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Nicholas J. Wade, Stanley Finger (2001), "The eye as an optical instrument: from camera obscura to Helmholtz's perspective", Perception 30 (10), p. 1157 – 1177.
  2. Explanatory Notes (section) of David Constantine's 1994 translation of Goethe's Elective Affinities, Oxford University Press.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]