Kampung Dendang Bukit Besi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kampung Dendang Bukit Besi terletak dalam kawasan Mukim Jerangau 1 dalam daerah Dungun, Terengganu. Kampung Dendang ini telah dibuka lebih kurang 150 tahun yang lalu.

Dahulunya kampung Dendang juga dikenali sebagai Kampung Sendur. Kampung Sendur terletak di seberang sungai Kampung Dendang sekarang ini. Sila rujuk peta lama untuk lokasi Kampung Sendur. Perkampungan baru yang dibuka di seberang Sungai Dungun ini kemudiannya dikenali sebagai Kampung Dendang.

Kampung Dendang terletak dalam jajaran lebuh raya Jerangau-Jabor menghala ke Kuala Terengganu dan Kuala Berang melalui Bandar Al-Muktafibillah Syah (Durian Mas) dan Bukit Besi dan keluar di persimpangan Ajil, Hulu Terengganu.

Penduduk di Kampung Dendang ini 100% terdiri daripada bangsa Melayu yang kebanyakannya bekerja sebagai buruh kilang batu bata dan pekebun getah serta mengusahakan tanaman kontan seperti tanaman salak.