Kampung Klah Baru

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kampung Klah Baru

Kampung Klah Baru terletak di mukim Sungkai, Perak. Kampung ini juga terletak berhampiran Laluan Persekutuan Malaysia 1 (Jalan Besar Ipoh-Kuala Lumpur) yang dahulunya adalah jalan alternatif untuk ke kawasan utara dan juga untuk ke kawasan selatan tanahair sebelum adanya Lebuhraya Utara-Selatan PLUS. Pekan terdekat dari kampung ini ialah Pekan Sungkai yang hanya terletak sejauh 10 km sahaja.