Kamus Besar Bahasa Indonesia
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kamus Besar Bahasa Indonesia merupakan kamus rasmi bahasa Indonesia yang disusun oleh Kumpulan Penyusun Kamus Pusat Bahasa dan diterbit oleh Balai Pustaka. Kamus ini menjadi acuan tertinggi bahasa Indonesia yang baku. Edisi terakhir ialah edisi ketiga yang cetakan pertamanya diterbit pada tahun 2001.
Sejarah penerbitan [sunting]
| Edisi | Tahun diterbit | Catatan |
|---|---|---|
| 1 | 1988 | Hasil pengembangan daripada Kamus Bahasa Indonesia yang diterbit pada tahun 1983. Kamus ini mempunyai 63 000 lema. |
| 2 | 1991 | Semakan edisi pertama dan memuat 73 000 lema. |
| 3 | 2001 | Memuat 78 000 lema. Menurut Dr. Dendy Sugono, Ketua Pusat Bahasa, kamus ketiga ini masih terasa banyak sekali kosa kata yang belum dimasukkan. Tetapi harap diingatkan bahawa KBBI merupakan sebuah kamus umum yang berisi kosa kata umum saja. Pusat Bahasa juga mempunyai Kamus Istilah sebagai kamus bidang ilmu tertentu. |
Rujukan [sunting]
- Majalah Media Watch Habibie Center, no 49/15. Edisi 15 September-15 Oktober 2006. Artikel: Penggunaan Bahasa dalam Media. Hal 29
Pautan luar [sunting]
- (Indonesia) KBBI versi atas talian rasmi
- (Indonesia) kbbi.web.id, versi atas talian tidak rasmi Kamus Besar Bahasa Indonesia (belum lengkap)
| Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |