Pergi ke kandungan

Kannushi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Seorang kannushi membuat upacara sembahyang di Kuil Katori, Katori, Chiba, Jepun

Kannushi (神主, "pakar dewa", aslinya dilafalkan kamunushi) atau shinshoku (神職) adalah orang yang bertanggungjawab menjaga dan memelihara kuil Shinto (jinja) serta memimpin sembahyang ke atas dewa atau dewi yang khusus dipuja.[1] Pekerjaan dilakukan kannushi sering dibantu pemudi khas disebut miko.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada mulanya, kannushi berperanan sebagai perantara para dewa-dewi dengan manusia biasa[2] melalui mukjizat kerana usaha penyucian diri yang dilakukannya, tetapi kemudian peranan tersebut ditindihkan setaranya dengan pekerjaan di kuil dan bertanggungjawab atas upacara agama yang diadakan di sana.[1][3]

Keutamaan kepercayaan agama dalam sesebuah suku menjadikan ketua suku juga sebagai pemimpin mengetuai acara keagamaan religius, atau dapat dilakukan oleh pihak berwenang lainnya.[3] Kemudian, peran tersebut berkembang menjadi bentuk yang lebih terpisah dan khusus.

Tatacara[sunting | sunting sumber]

Kelayakan[sunting | sunting sumber]

Seorang kannushi boleh dari kalangan lelaki atau wanita[4]. Para kannushi dibolehkan berkahwin, malah kedua-dua pasangan dan anak dapat mewarisi pekerjaan ketua sebelumnya.[5] Meskipun status turun-temurun ini tidak lagi diakui secara sah, tetapi tradisinya masih berlanjut.[4]

Pada zaman kini, terdapat institusi moden yang membuka pengajian agama ini yang membolehkan pelayakan mengetuai upacara termasuk universiti-universiti diberi izin dan iktiraf Pertubuhan Kuil Shinto termasuk Universiti Kokugakuin di Tokyo, atau menempuh ujian untuk mendapatkan sijil kelulusan tersebut.[4]

Kelengkapan[sunting | sunting sumber]

Kannushi memakai pakaian khusus contohnya jōe, ebōshi dan kariginu, ia semata-mata merupakan pakaian rasmi dalam kalangan isi istana Maharaja[5] namun menandakan hubungan dekat antara pemujaan kami dengan sosok Maharaja.[5] Sebatang belantan khas, shaku, dan sebatang tongkat yang diikat lipatan kertas putih (shide) yan disebut ōnusa turut digunakan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b * Kannushi (in Japanese), Iwanami Kōjien (広辞苑) Japanese dictionary, 6th Edition (2008), DVD version
  2. ^ Nishimuta, Takao (2007-03-28). "Kannushi". Encyclopedia of Shinto. Kokugakuin. Dicapai pada 2009-10-16.
  3. ^ a b Moriyasu, Jin. "Kannushi". Nihon Hyakka Zensho (dalam bahasa Japanese). Shogakukan. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-09-14. Dicapai pada 2009-10-16. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ a b c "Shinshoku". Encyclopaedia Britannica Online. Dicapai pada 16 Oktober 2009.
  5. ^ a b c Nishimura, Hajime (1998). A Comparative History of Ideas. Motilal Banarsidass. ISBN 978-81-208-1004-4.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]