Kasey Kahne

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kasey Kahne
Kasey.jpg
Nama Kasey Kenneth Kahne
Tarikh lahir 10 April 1980
Tempat lahir Enumclaw, Washington|
Laman web Laman web rasmi Kasey Kahne

Kasey Kahne (lahir 10 April 1980 di Enumclaw, Washington) merupakan pemandu dalam siri Piala NEXTEL NASCAR. Beliau merupakan pemandu #9 Dodge Dealers / UAW Dodge Charger/Dodge Avenger untuk Evernham Motorsports bersama dengan pemandu lain seperti Scott Riggs dan Elliott Sadler. Di luar litar, Kasey aktif dalam kerja kebajikan dan merupakan salah seorang ahli President's Council on Service and Civic Participation. Kasey menetap di Mooresville, North Carolina bersama adik lelakinya, Kale Kahne. Selain Kale, Kasey juga mempunyai seorang kakak, Shanon Adams. Beliau juga adalah pemilik siri World of Outlaws.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kahne telah memulakan di litar Deming yang terletak di Deming, Washington, sebelum berpindah ke litar Skagit di Alger, WA kemudian berpindah ke USAC. Beliau telah dilantik oleh Steve Lewis, yang mana telah mendapatkan pemandu NASCAR untuk masa depan seperti Jeff Gordon dan Kenny Irwin, Jr.. Pada tahun pertama beliau di atas litar, beliau telah dinamakan sebagai Rookie of the Year, dan juga kejuaraan kecil nasional. Selepas musim tersebut, beliau meneruskan untuk USAC, Toyota Atlantic Series dan World of Outlaws.

Kasey Kahne telah membuat 20 permulaan di Siri Busch dengan memandu #98 Channellock Ford Taurus untuk Robert Yates Racing. Pencapaian terbaik beliau adalah menghabiskan tempat kesepuluh di Cabela's 250. Pada 2003 beliau berpindah ke #38 Great Clips Ford untuk Akins Motorsports. Beliau mendapatkan kedudukan bermula yang paling baik (pole) di Michigan International Speedway dan perlumbaan Busch pertama adalah di Ford 300.

Kahne menggantikan tempat Bill Elliott di #9 Dodge pada akhir 2003 apabila Elliott mengumumkan jadual separuh masa menjelang perlumbaan pada musim 2004. Pada masa itu, Kahne masih terikat dengan kontrak bersama Ford dan tuntutan mahkamah bermula apabila Kahne memutuskan untuk berhijrah ke Evernham, memandu kereta yang ditaja oleh Dodge. Ford bagaimanapun mendapat bayaran dari Kahne dan kerjaya Kahne bersama Dodge bermula. Pada 2004, Kahne mengejutkan banyak pihak apabila memenangi beberapa perlumbaan, memenangi empat kedudukan bermula yang paling baik serta mendapat anugerah Raybestos Rookie of the Year.

Beliau telah mendapatkan kejayaan Piala NEXTEL Cup victory pada musim 2005 setelah mendominasi persembahan dalam Chevy American Revolution 400 di Richmond International Raceway. Itu juga merupakan kejayaan pertama untuk Dodge Charger, yang kembali ke NASCAR pada 2005. Beliau juga mendapat kedudukan bermula yang paling baik sebanyak dua kali berturut-turut di Darlington dan Richmond pada tahun yang sama.

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]


Didahului oleh
Jamie McMurray
NASCAR Rookie of the year
2004
Diikuti oleh:
Kyle Busch