Katib

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Jean Miélot, seorang pengarang dan katib Eropah yang sedang bekerja

Katib atau jurutulis ialah pekerjaan menulis buku atau persuratan dengan tangan sendiri serta menolong kerajaan menyimpan rekod pentadbiran. Pekerjaan yang dahulunya terdapat dalam segala kebudayaan celik huruf, lama-kelamaan diketepikan disebabkan kemajuan pencetakan. Kerja ini melibatkan penyalinan buku, termasuk kitab suci, atau tugas-tugas kesetiausahaan atau pentadbiran seperti menerima imlak ataupun menyimpan rekod perniagaan, kehakiman dan sejarah bagi pihak raja, bangsawan, tempat ibadah dan kerajaan. Kemudian, pekerjaan ini berkembang menjadi pekerja awam, wartawan, juruakaun, kerani, dan peguam. Di masyarakat yang kurang celik huruf, khidmat katib (dan jurubaca) jalanan masih diperlukan.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]