Peguam
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Seorang peguam ialah "seseorang yang pekerjaannya termasuk memberi nasihat atau bantuan guaman kepada pelanggannya; seseorang yang mempunyai lesen untuk mempraktikkan guaman di sisi undang-undang". Undang-undang merupakan sistem peraturan kelakuan yang ditentukan kerajaan sesuatu tempat untuk mengekalkan kestabilan dan keadilan. Seorang peguam menerapkan pengetahuannya mengenai teori undang-undang secara praktikal untuk menyelesaikan masalah sebenar atau pelanggannya.
Istilah [sunting]
Fungsi peguam berbeza mengikut tempat, dan oleh itu cuma dapat dihuraikan di sini secara umum. Berikut merupakan takrifan istilah "peguam" yang digunakan di beberapa tempat.
- Amerika Syarikat: wakil undang-undang yang mempraktikkan guaman.
- Australia: kedua-dua barrister dan peguam cara.
- Kanada: individu yang berlesen untuk mempraktikkan guaman.
- United Kingdom: agak umum, boleh merujuk kepada pempraktik guaman seperti barrister, peguam cara, peguam pindah hak ataupun tidak seperti hakim.