Kawah Triesnecker

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kawah Triesnecker
Triesnecker (LRO).png
Imej kawah Triesnecker (sebelah bawah kiri) diambil Lunar Reconnaissance Orbiter
Koordinat 4°12′N 3°36′W / 4.2°U 3.6°B / 4.2; -3.6Koordinat: 4°12′N 3°36′W / 4.2°U 3.6°B / 4.2; -3.6
Diameter 26 km
Kedalaman 2.8 km
Colongitude 356° pada fajar
Eponim Franz P. Triesnecker


Triesnecker ialah sebuah kawah qamari hentaman yang menonjol yang terletak di Sinus Medii, berdekatan bahagian pusat sisi dekat Bulan. Ia terletak pada arah utara barat daya Kawah Rhaeticus, dan pada arah timur tenggara Kawah Murchison yang banjir.

Sembir Triesnecker sedikit herot daripada bentuk bulat, disebabkan kehadiran kebonjolan pada dinding baratnya, dan bahagian tinggi yang agak rendah di sembir tenggara dan timur lautnya. Dinding dalaman berteres dan bahagian dalaman agak kasar, dengan sebuah bukit di tegah-tengah kawah. Triesnecker memiliki sistem jejari yang paling menonjol apabila Matahari berada pada sudut yang tinggi. Jejari melangkau lebih 300 kilometer.

Pada timur kawah ini terdapat sistem rille yang amat luas merentasi lebih 200 kilometer, dalam arah utara-selatan. Rille ini berkemungkinan dibuat oleh kuasa-kuasa tektonik di bawah permukaan. Terletak melewati rille ini, pada arah timur laut, ialah lembah Rima Hyginus, dengan Kawah Hyginus terletak di bahagian pusatnya.

Kawah satelit[sunting | sunting sumber]

Mengikut resam, ciri-ciri ini dikenali pada peta qamari dengan meletakkan huruf di sisi pusat kawah yang terdekat dengan Triesnecker.

Triesnecker Latitud Longitud Diameter
D 3.5° U 6.0° T 6 km
E 5.6° U 2.5° T 5 km
F 4.1° U 4.8° T 4 km
G 3.7° U 5.2° T 3 km
H 3.3° U 2.8° T 3 km
J 3.3° U 2.5° T 3 km

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]