Kawasan Saya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kawasan Saya merupakan sebuah program televisyen berinformasi yang ditayangkan di RTM1 mulai 20 Januari 2007 pada hari Sabtu jam 11.30 pagi dan hari Ahad jam 10.00 malam. Program ini menampilkan dua pengacara iaitu Norazli Noh dan Ngasri Sain yang bersilih ganti mengendalikan rancangan tersebut setiap minggu.

Fokus dan objektif rancangan ini adalah untuk memaparkan realiti sebenarpembangunan terkini sesebuah kawasan Parlimen di samping memperkenalkan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang dipilih oleh rakyat di kawasan masing-masing. Krew Kawasan Saya turut menyelitkan perkembangan sosioekonomi, politik, kebudayaan, dan kesenian masyarakat setempat yang terdapat di kawasan yang dikunjungi.

Rancangan ini juga tidak turut ketinggalan memaparkan kawasan-kawasan pelancongan baru yang stategik untuk dimajukan dan menyiarkan pelbagai maalah yang dihadapi serta harapan rakyat bagi meningkat dan memajukan lagi sesebuah kawasan parlimen. Namun begitu, rancangan ini memberi keutamaan kepada kawasan Parlimen yang Ahli Parlimennya bukan Menteri, Timbalan Menteri atau Setiausaha Parlimen. Ini memberi peluang kepada Ahlik Kelab Parlimen Penyokong Kerajaan untuk memaparkan pembangunan di kawasan mereka kepada rakyat.

Rancangan ini pada mulanya pernah ditayangkan di slot Selamat Pagi Malaysia pada setiap hari Ahad jam 9:00 pagi.