Selamat Pagi Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Selamat Pagi Malaysia
GenreBual bicara
Dibangunkan oleh
Radio Televisyen Malaysia
Pengacara
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Penerbitan
Lokasi
Pemasangan kamera
Tetapan multi-kamera
Tempoh siaran
Penyiaran
Saluran asalTV1
Berita RTM
Format gambar
Siaran asal1 Januari 1985 – kini

Selamat Pagi Malaysia (secara rasmi disingkat sebagai SPM) ialah sebuah rancangan televisyen bual bicara Malaysia yang disiarkan di TV1 dan Berita RTM.[1] Bersiaran sejak 1 Januari 1985, ia dahulunya hanya disiarkan pada hujung minggu, terutamanya pada hari Jumaat dan Ahad. Siri ini memulakan siaran pagi sepenuh masa pada 1 Januari 1985.[2]

Selain daripada segmen ceramah utama, rancangan bual bicara itu juga termasuk laporan langsung acara utama dari pelbagai lokasi di seluruh negara, serta sebagai laporan cuaca daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dan segmen beli-belah di rumah yang menyasarkan penonton Melayu terutamanya.[2]

Sejarah rancangan[sunting | sunting sumber]

RTM memperkenalkan dua segmen baru untuk Selamat Pagi Malaysia, iaitu Hilang dan Tele Hijau pada Februari 1993.[3]

Pada 4 April 1993, rancangan ini melalui rombakan besar apabila ia dikenali sebagai Salam Mesra dan bersiaran setiap Ahad.[4]

Pada 7 Januari 1994, Selamat Pagi Malaysia tampil berwajah baru dengan menampilkan segmen yang lebih menarik dan segar untuk memberi maklumat mengenai dasar kerajaan, pendidikan, pengetahuan am dan hiburan secara langsung dan rakaman.[5][6]

Apabila TV1 memulakan siaran awal pagi pada 1 Mac 1994,[7] siri ini memulakan siaran secara sepenuh masa yang mana tempoh masa siaran rancangan ditambah dari sejam kepada empat jam setiap hari.

Pada 31 Oktober 1994, SPM bertukar wajah bagi memberi lebih maklumat berbentuk hiburan kepada penonton siaran TV pagi.[8]

Pada Tahun 2020, SPM akan bertukar ke set baharu di Studio N1, Wisma Berita.

Pada Tahun 2021, SPM akan bersiaran seperti biasa tetapi disebabkan pandemik Covid-19 dengan tema Teguh Kita Menang Bersama.

Tahun 2022-2023 (Mac), SPM akan bersiaran sama ada 2 atau 3 jam iaitu pada hari Isnin-Jumaat jam 8.00 hingga 11.00 Pagi (Tetapi bersiaran sehingga 10.00 Pagi iaitu Isnin-Khamis kerana memberi laluan kepada Siaran Langsung dari Parlimen.), dengan hujung minggu sekali iaitu Sabtu dan Ahad jam 8.00 pagi hingga 10.00 Pagi.

Kini pada bulan April 2023, bersempena dengan RTM ke-77 Tahun, Selamat Pagi Malaysia akan bersiaran secara langsung selama 2 jam diikuti oleh SPM Plus (Tengok, Suka dan Beli) bermula jam 8.00 hingga 10.00 pagi.

Pada tahun 2024 pula, Selamat Pagi Malaysia pula akan menyambut ulang tahun ke-40. Bersama semua pengacara akan memilih 40 lokasi dari seluruh Malaysia. Begitu juga sambutan ulang tahun RTM ke-78 yang akan berlangsung pada 1 April 2024 iaitu pada hari Isnin.

Pengacara[sunting | sunting sumber]

Pengacara Terkini[sunting | sunting sumber]

Bekas Pengacara[sunting | sunting sumber]

Sambutan[sunting | sunting sumber]

Selamat Pagi Malaysia mencatat jumlah tontonan yang memberangsangkan apabila ia ditonton oleh kaum wanita kerana menayangkan pelbagai rancangan menarik dan membina minda sejak bersiaran sepenuh masa setiap hari pada 1 Januari 1985.[9]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Sani Salleh (17 Februari 2002). "SPM ikut selera semasa". Metro Ahad. Dicapai pada 24 Jun 2021.
  2. ^ a b "Latar Belakang Selamat Pagi Malaysia". Hijau. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Julai 1997. Dicapai pada 24 Jun 2018.
  3. ^ "Dua segmen baru mulai Ahad". Berita Harian. 13 Februari 1993. Dicapai pada 24 Jun 2021.
  4. ^ "'Time block' method for Sunday talk show". The Malay Mail. 5 Mac 1993. Dicapai pada 24 Jun 2021.
  5. ^ "Selamat Pagi Malaysia berwajah baru". Berita Harian. 7 Januari 1994. Dicapai pada 24 Jun 2021.
  6. ^ "New approach to Selamat Pagi Malaysia". The Malay Mail. 6 Januari 1994. Dicapai pada 24 Jun 2021.
  7. ^ Zulkefli Ali (1 Mac 1994). "Siaran jam 6 pagi bermula hari ini". Berita Harian. Dicapai pada 24 Jun 2021.
  8. ^ Hartati Hassan Basri (27 Oktober 1994). "SPM tukar jadual baru". Harian Metro. Dicapai pada 24 Jun 2021.
  9. ^ Jenney Juanis (25 November 1994). "SPM berjaya pikat suri rumah". Berita Harian. Dicapai pada 24 Jun 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]