Kehabluran

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kehabluran atau kekristalan merujuk kepada darjah susunan berstruktur dalam suatu pepejal. Di dalam suatu hablur, atom dan molekulnya disusun secara biasa dan berkala. Darjah kehabluran mempunyai pengaruh yang besar terhadap kekerasan, ketumpatan, kelutsinaran dan resapan. Dalam gas pula, kedudukan relatif atom dan molekulnya adalah rawak sepenuhnya. Bahan yang mempunyai bentuk tidak tentu seperti cecair dan kaca mewakili kes pertengahan kerana ia mempunyai susunan dalam jarak yang pendek (jaraknya hanyalah beberapa atom atau molekul) bukannya susunan yang berjarak jauh.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]