Ketumpatan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Ketumpatan atau ketumpatan jisim sesuatu bahan merupakan sukatan jisim per unit isipadu. Simbol yang biasanya digunakan untuk ketumpatan ialah ρ (huruf kecil abjad Yunani rho). Dalam sesetengah industri (terutamanya dalam industri minyak dan gas di Amerika Syarikat), ketumpatan merupakan berat objek per unuit isipadu;[1] namun begitu, kuantiti ini lebih dikenali sebagai berat spesifik. Bahan berlainan mempunyai ketumpatan yang berbeza. Oleh itu, ketumpatan merupakan konsep penting dalam keapungan, ketulenan dan pembungkusan. Osmium dan iridium merupakan jisim yang paling tumpat mengikut suhu dan tekanan piawai tetapi kedua-duanya bukanlah bahan yang mempunyai ketumpatan tertinggi.

Maka

 \rho = \frac{m}{V} \,

di mana

 m \, ialah jisim
 V \, ialah isipadu

manakala

1 g cm-3 = 1000 kg m-3

Ketumpatan bahan lazim[sunting | sunting sumber]

Bahan Ketumpatan dalam kg/m3
Iridium 22,650
Osmium 22,610
Platinum 21,450
Emas 19,300
Uranium 19,050
Merkuri 13,580
Paladium 12,023
Plumbum 11,340
Perak 10,490
Kuprum   8,920
Besi   7,870
Timah   7,310
Titanium   4,507
Intan   3,500
Aluminium   2,700
Magnesium   1,740
Air Laut   1,025
Air   1,000
Etanol      790
Gasolin      730
Aerogel         3
Gas1 0.0446 darab purata jisim molekul         

1 Mana-mana gas

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Definisi ketumpatan dalam Glosori Gas dan Minyak". Oilgasglossary.com. Diperoleh pada 2010-09-14.