Kekurangan vitamin A

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kekurangan vitamin A (Vitamin A deficiency; disingkatkan sebagai VAD) atau hipovitaminosis A adalah kekurangan vitamin A di dalam darah dan tisu.[1] Hal ini biasa terjadi di negara-negara miskin, terutama di kalangan kanak-kanak dan perempuan dalam usia reproduktif/pembiakan, tetapi jarang dilihat di negara-negara yang lebih maju.[1] Tanda pertama terjadinya VAD ialah rabun senja. Xeroftalmia, keratomalacia dan rabun lengkap juga dapat terjadi kerana vitamin A memainkan peranan utama dalam fototransduksi.[1]

Kekurangan vitamin A adalah penyebab utama kebutaan pada kanak-kanak yang dapat dicegah di dunia,[1] dan sangat penting untuk mencapai Millennium Development Goal untuk mengurangkan kematian pada kanak-kanak. Kira-kira 250,000 hingga 500,000 anak yang kekurangan zat makanan di dunia telah menyebabkan buta, setiap tahun kerana kekurangan vitamin A, sekitar separuh daripadanya mati dalam setahun setelah menjadi buta.[2]

Kelaziman rabun malam akibat VAD juga tinggi di dalam kalangan wanita hamil di banyak negara membangun. VAD juga menyumbang kepada kematian si ibu dan menyebabkan akibat buruk lain semasa kehamilan dan menyusui.[3][4][5][6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d "Vitamin A". Micronutrient Information Center, Linus Pauling Institute, Oregon State University, Corvallis. January 2015. Dicapai pada 1 November 2019.
  2. ^ "Micronutrient Deficiencies: Vitamin A". World Health Organization. Dicapai pada 12 September 2019.
  3. ^ "WHO Vitamin A deficiency | Micronutrient deficiencies". Dicapai pada 2008-03-03.
  4. ^ Latham, Michael E. (1997). Human Nutrition in the Developing World (Fao Food and Nutrition Paper). Food & Agriculture Organization of the United. ISBN 92-5-103818-X.
  5. ^ Sommer, Alfred (1995). Vitamin a Deficiency and Its Consequences: A Field Guide to Detection and Control. Geneva: World Health Organization. ISBN 92-4-154478-3.
  6. ^ "A world fit for children" (PDF). Dicapai pada 2008-03-03.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]