Darah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Lumuran darah.

Darah adalah tisu perantara yang terdapat dalam semua haiwan tinggi yang berfungsi sebagai sistem pengangkutan dalam badan untuk mengangkut gas, nutrien dan hormon. Darah juga terlibat dalam sistem imunisasi menentang penyakit. Terma perubatan berkait dengan darah bermula dengan hemo- atau hemato- dari perkataan bahasa Greek untuk darah.

Darah manusia[sunting | sunting sumber]

Darah manusia adalah cecair tisu; fungsi utamanya adalah mengangkut oksigen diperlukan untuk hidup diseluruh tubuh. Darah juga membekalkan tisu dengan zat, menyingkir bahan kumuhan, dan mengandungi pelbagai bahan sistem imunisasi bertujuan mempertahankan badan dari jangkitan kuman. Hormon endokrin juga diedarkan melalui darah.

Darah manusia berwarna merah, antara merah terang apabila di oksigen kepada merah tua apabila tiada oksigen. Warnanya disebabkan oleh hemoglobin, protein pernafasan (respiratory protein) yang mempunyai besi dalam bentuk heme, tempat oksigen bergabung.

Darah beredar dalam saluran darah dan dikitarkan oleh jantung, pam otot. Darah melalui paru-paru untuk dioksigenkan, dan dikitarkan seluruh tubuh oleh salur arteri. Darah mengedarkan oksigen keseluruh badan melalui saluran halus darah yang dipanggil kapillari. Darah kemudian kembali ke jantung melalui vena.

Lihat sistem kitaran untuk gambaran terperinci mengenai kitaran ini.

Darah juga mengangkut bahan kumuhan metabolik, dadah dan bahan kimia asing kepada hati untuk diuraikan dan kepada buah pinggang untuk disingkirkan sebagai air kencing.

Komposisi[sunting | sunting sumber]

Darah terdiri daripada beberapa jenis korpuskel (corpuscle); yang membentuk 45% bahagian daripada darah. 55% yang lain adalah plasma darah, cecair kekuningan yang membentuk medium cecair darah.[1] Korpuskel adalah:

  • sel darah merah atau erythrokytes (sekitar 99%). Korpuskel tidak mempunyai nukleus sel dan organelle, dan tidak dianggap sebagai sel dari segi biologi. Korpuskel mengandungi hemoglobin dan mengedarkan oksigen. Sel darah merah juga bertanggungjawab bagi sistem jenis darah.
  • Platelet atau thrombokytes (0.6 - 1.0%), bertanggungjawab untuk pembekuan darah.
  • Sel darah putih atau leukokytes (0.2%), merupakan sebahagian daripada sistem imunisasi; dan bertugas untuk memusnahkan agen jangkitan.

Plasma darah pada asasnya larutan air yang mengandungi :-

Keseluruhannya, plasma dan korpuskel membentuk cecair yang ciri alirannya unik bersesuaian dengan rekabentuk pembuluh darah.

Kesihatan[sunting | sunting sumber]

Beberapa masalah kesihatan berkait dengan darah.

Luka boleh menyebabkan kehilangan darah teruk. The thrombocytes menyebabkan darah membeku, menghalang luka kecil, tetapi luka besar perlu dirawat dengan segera untuk menghalang exsanguination. Kerosakan pada organ dalaman boleh menyebabkan luka dalaman yang teruk atau hemorrhage.

hemofilia merupakan kecacatan genetik yang menyebabkan kegagalan berfungsi "disfungsi" dalam mekanisma pembekuan darah seseorang. Ini menjadikan luka kecil mampu berubah mengancam nyawa, tetapi biasanya menyebabkan hemarthrosis, atau pendarahan pada sendi, yang boleh melumpuhkan.

Leukemia merupakan kumpulan barah tisu pembentuk darah.

Pendarahan teruk, sama ada melalui kemalangan atau tidak (seperti semasa pembedahan), dan juga sesetengah penyakit darah seperti anemia dan thalassemia, memerlukan pemindahan darah. Beberapa buah negara mempunyai bank darah untuk memenuhi permintaan untuk pemindahan darah. Penerima darah perlu mempunyai jenis darah serasi dengan penderma.

Darah merupakan cara "vektor" penjangkitan. Salah satu contoh penyakit bawaan darah yang diketahui ramai adalah AIDS, yang mana virus HIV, dipindahkan melalui sentuhan antara darah dengan darah, air mani "sperma", atau cecair badan orang yang dijangkiti. Disebabkan oleh jangkitan melalui darah, objek berdarah dianggap ancaman bio "biohazard".

Tekanan darah merupakan alat diagnostik yang penting.

Penghasilan dan penguraian sel darah[sunting | sunting sumber]

Bagi haiwan bertulang belakang, pelbagai sel darah dihasilkan dalam sum-sum tulang dalam proses yang dikenali sebagai hematopoiesis, yang merangkupi erythropoiesis, penghasilan sel darah merah; dan myelopoiesis, penghasilan sel darah putih dan platelet. Semasa kanak-kanak, hampir semua tulang manusia menghasilkan sel darah merah; apabila dewasa, penghasilan sel darah merah terhad kepada tulang-tulang besar: bagi haiwan bertulang belakang, tulang dada (sternum), tulang selangka, tulang pelvik, dan tulang lengan dan kaki. Tambahan lagi, semasa kanak-kanak, kelenjar thymus, yang terdapat di mediastinum, merupakan sumber penting menghasilkan lymphocytes.[2] Komponen darah berprotin (termasuk protin pembekuan) kebanyakannya dihasilkan oleh hati, sementara hormon dihasilkan oleh kelenjar endokrine dan peratusan air dikawal oleh hypothalamus dan dikekalkan oleh buah pinggang.

erythrocytes yang sihat mempunyai hayat plasma sekitar 120 hari sebelum ia diurai oleh limpa, dan oleh sel Kupffer dalam hati. Hati turut menyingkirkan sesetengah protein, lipid, dan asid amino. Buah pinggang secara aktif menyingkirkan bahan buangan melalui air kencing.

Kepercayaan mengenai darah[sunting | sunting sumber]

Disebabkan kepentingan darah kepada kehidupan, darah dikaitkan dengan beberapa kepercayaan. Salah satu kegunaan darah yang asas adalah sebagai simbol pertalian keluarga; "pertalian darah" beerti mempunyai kaitan melalui leluhur dan bukannya melalui ikatan perkahwinan.

Penganut Kristian percaya bahawa wain Eucharist adalah atau melambangkan darah Yesus Kristus yang ditumpahkan untuk keselamatan (salvation) mereka.

Vampire adalah makhluk fiksyen yang dipercayai terus hidup dengan menghisap darah orang yang masih hidup. Dalam teori zaman pertengahan "medieval" salah satu dari empat unsur badan, darah dikaitkan dengan unsur api dan riang dan pelahap yang dikenali sebagai mempunyai perwatakan (sanguine).

Darah haiwan bukan manusia[sunting | sunting sumber]

Dalam serangga, darah (secara tepatnya dikenali sebagai hemolymph) tidak terbabit dalam pengedaran oksigen. (Bukaan dikenali sebagai trakhea membenarkan oksigen dari udara untuk meresap secara langsung ke tisu). Darah serangga mengangkut zat ke tisu dan menyingkirkan bahan kumuhan.

Dalam haiwan lain, fungsi utama darah ialah mengangkut oksigen dari paru-paru atau insang ke tisu. Dalam sesetengah haiwan invertebrata kecil, oksigen hanya meresap kedalam plasma. Semua haiwan lain menggunakan pritin pernafasan untuk meningkatkan keupayaan mengangkut oksigen. Hemoglobin merupakan protin pernafasan paling berkesan secara semulajadi. Hemokyanin (biru) mengandungi tembaga dan digunakan dalam haiwan krustakean. "Sea squirt", antara haiwan laut, menggunakan vanadium khromagen (hijau muda, biru, atau kuning bata "oren") untuk pewarna pernafasaan.

Dalam invertebrata, protin pembawa oksigen terlarut bebas dalam darah; dalam vertebrata protin pembawa oksigen terkandung dalam sel darah merah khusus, membenarkan kepekatan lebih pewarna pernafasan tanpa peningkat kepekatan darah.

Darah diguna makanan[sunting | sunting sumber]

Ada budaya yang masak dan makan darah haiwan. Puding darah dan sosej darah dimakan di England dan Sweden. Yahudi dilarang campur keju dan darah kerana begini macam campur hidupan dan mati (lihat: kosher). Islam haramkan makan darah.

sel darah merah tinggal hanya kira-kira 120 hari kerana haus dan lusuh pada membran plasma mereka kerana mereka memerah melalui darah kapilari. Sel lusuh dibuang dari edaran seperti berikut. 1) makrofaj dalam limpa, hati, dan sumsum tulang merah phagocytize pecah dan dipakai daripada sel darah merah, spliting selain bahagian heme dan globin hemoglobin. 2) globin protein dipecahkan menjadi asid amino, yang boleh digunakan semula oleh sel-sel badan untuk mensintesis protein lain. 3) besi dikeluarkan daripada syarikat-syarikat bersekutu bahagian heme dengan plasma protein transferrin, yang bertindak sebagai pengangkut. 4) kompleks besi-transferrin kemudian dibawa ke sumsum tulang merah, di mana sel-sel prekursor RBC menggunakan dalam sintesis hemoglobin. besi diperlukan untuk bahagian heme molekul hemoglobin, dan asid amino yang diperlukan untuk sintesis hemoglobin. (Lapisan perut mesti menghasilkan protein yang dipanggil faktor intrinsik bagi penyerapan pemakanan vitamin B12 dari saluran GI ke dalam darah.) 5) erythropoiesis dalam keputusan tulang sum-sum merah dalam pengeluaran sel darah merah, yang memasuki peredaran. 6) besi apabila dikeluarkan dari heme, bahagian bukan besi heme ditukar kepada pigmen hijau biliverdin, dan kemudian ke dalam bilirubin pigmen oren kuning. bilirubin masuk ke dalam darah dan diangkut ke hati. Dalam hati, bilirubin dirembeskan oleh sel-sel hati ke dalam hempedu, yang mengalir ke dalam usus kecil dan kemudian ke dalam usus besar. 7) dalam intestin besar, bakteria menukarkan bilirubin kepada urobilinogen. urobilinogen beberapa diserap semula ke dalam darah, ditukar kepada pigmen yang berwarna kuning dipanggil urobilin, dan dikeluarkan dalam air kencing. urobilinogen paling dihapuskan dalam najis dalam bentuk pigmen coklat yang dipanggil stercobilin, yang memberikan najis warna ciri.

Notakaki[sunting | sunting sumber]

  1. "Jenis-Jenis Pendermaan". Pusat Darah Negara. http://www.pdn.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=90%3Ajenis&catid=34%3Arandom-posts&Itemid=167&lang=en. Capaian 19 September 2012. 
  2. Williams, Peter W.; Gray, Henry David (1989). Gray's anatomy (edisi 37th). New York: C. Livingstone. ISBN 0-443-02588-6. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Templat:Blood Templat:Cardiovascular system Templat:Transfusion medicine