Kelayakan play-off Piala AFC 2012

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kelayakan play-off Piala AFC 2012 dipertandingkan oleh dua pasukan (kedua-dua dari Zon Asia Barat).

Undian untuk kelayakan play-off telah diadakan di rumah AFC di Kuala Lumpur, Malaysia pada 6 Disember 2011, 15:00 UTC+08:00.[1] Undian tersebut telah menentukan hos untuk perlawanan play-off yang akan diadakan pada 18 Februari 2012.

Masa tambahan dan tendangan penalti digunakan untuk menentukan pemenang jika diperlukan.[2] Pemenang akan mara ke peringkat kumpulan untuk menyertai 28 pasukan yang secara langsung masuk ke peringkat kumpulan dan 3 pasukan yang tewas di pusingan akhir Kelayakan play-off Liga Juara-Juara AFC 2012.

Perlawanan[sunting | sunting sumber]

Pasukan 1  Jaringan  Pasukan 2
Zon Asia Barat
Al-Tilal Yaman 4 – 3 Maldives Victory

Zon Asia Barat[sunting | sunting sumber]

Al-Tilal Yaman4 – 3Maldives Victory
Baleid Goal 23' (pen.)
Ramzi Goal 32'
Al Omzae Goal 45+2'
Al Roatde Goal 77'
Report Umair Goal 36' (pen.)59' (pen.)
Shafiu Goal 50'

Zon Asia Timur[sunting | sunting sumber]

Dua pasukan berikut pada asalnya dijadualkan untuk memasuki kelayakan play-off di Zon Timur:

Walau bagaimanapun, selepas penarikan diri Liaoning Whowin (China) dan kehilangan kelayakan Persipura Jayapura (Indonesia) dari Kelayakan play-off Liga Juara-Juara AFC 2012 Zon Asia Timur, hanya 3 pasukan yang tinggal, bermakna terdapat hanya satu pasukan yang kalah pusingan akhir di Zon Timur dan bukannya dua. Oleh itu, kedua-dua pasukan secara automatik mara ke peringkat kumpulan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Home advantage for Al Tilal". AFC. 2011-12-06.
  2. ^ "AFC Cup 2012 Competitions Regulations". AFC. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-05-02. Dicapai pada 2011-12-16.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]