Malé

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Malé
މާލެ
Bandar raya
Pulau Malé
Pemandangan dari udara pulau Malé seperti yang dilihat dari arah barat daya
Malé yang terletak di Maldives
Malé

Lokasi Malé di Maldives

Koordinat: 04°10′31″U 73°30′32″T / 4.17528°U 73.50889°T / 4.17528; 73.50889Koordinat: 04°10′31″U 73°30′32″T / 4.17528°U 73.50889°T / 4.17528; 73.50889
Negara  Maldives
Atol geografi Atol Kaafu
Kerajaan
 • Majlis Majlis Bandaraya Malé
 • Datuk bandar Maizan Ali Manik (M)
Keluasan
 • Jumlah 5.798 km2 (2.239 sq mi)
Ketinggian 2.4 m (7.9 ft)
Populasi (2012)
 • Jumlah 105,000
 • Kepadatan 18,000/km2 (50,000/sq mi)
Zon waktu MST (UTC+5)
 • Musim panas (DST) Tidak tersedia (UTC)
Kod kawasan 331, 332, 333, 334
Kod ISO 3166 MV-MLE

Malé (Divehi: މާލެ) ialah ibu negara dan bandar raya paling padat di Republik Maldives. Secara geografi, ia terletak di selatan Atol Malé Utara, yang merupakan sebahagian daripada kawasan pentadbiran Atol Kaafu. Walaupun bagaimanapun, bandar raya tersebut ditadbir oleh Majlis Bandaraya Malé. Keluasan bandar raya ini meliputi kawasan seluas 5.798 kilometer persegi (2.239 batu²) dan ia semakin membesar disebabkan oleh projek penebusgunaan tanah.

Malé merupakan pusat politik, kebudayaan, ekonomi dan kewangan yang utama di Maldives. Pada tahun 2012, Malé mempunyai jumlah penduduk kira-kira 105,000 orang. Bandar raya ini dihubungkan dengan dunia luar oleh Lapangan Terbang Antarabangsa Ibrahim Nasir yang terletak di Pulau Hulhulé.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Iklim[sunting | sunting sumber]

Malé mempunyai iklim monsun tropika di bawah pengelasan iklim Köppen. Musim lembap di bandar raya ini berlaku dari bulan Mei sehingga Disember manakala musim keringnya pula meliputi empat hingga lima bulan selebihnya. Tidak seperti bandar raya-bandar raya lain di dunia dengan iklim ini, Malé mengalamai suhu yang agak konsisten sepanjang tahun dengan suhu tinggi purata 30 darjah Celsius dan suhu rendah purata 26.5 darjah Celsius. Keadaan tersebut adalah menyerupai min harian purata sepanjang tahun di bandar raya di kawasan khatulistiwa. Kerpasan tahunan di Malé biasanya lebih sedikit daripada 1600 mm.

Pembahagian pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Bandar raya Malé dibahagikan kepada enam bahagian dimana empat daripadanya berada di pulau Malé iaitu Henveiru, Galolhu, Maafannu dan Macchangolhi. Dua bahagian lain pula adalah Vilimalé yang terletak di pulau Vilingili serta pulau buatan Hulhumalé yang mula diduki pada tahun 2004. Rancangan untuk mewujudkan sebuah pulau pelabuhan juga telah dimulakan di terumbu Gulhi Falu.[1]

Nr. Bahagian Luas
(ha)
Populasi
(Bancian 2006)
Kepadatan
populasi
Catatan
1 Henveiru 59.1 23,597 39,927.2 Pulau Malé
2 Galolhu 27.6 19,414 70,340.6 Pulau Malé
3 Machchangolhi 32.6 19,580 60,061.3 Pulau Malé
4 Maafannu 75.9 29,964 39,478.3 Pulau Malé
1-4 Malé (pulau) 195.2 92,555 47,415.5 Pulau Malé
5 Vilimalé 31.8 6,956 21,874.2 Pulau Villingili
6 Hulhumalé 200.9 2,866 1,426.6 Pulau buatan
- Hulhulé 151.9 1,316 866.4 Pulau Lapangan Terbang
- Gulhi Falhu - - - Pulau perlabuhan yang dirancang
  Malé (bandar raya) 579.8 103,693 17,884.3  

Bandar berkembar dan bandar raya bersaudara[sunting | sunting sumber]

Negara Bandar raya Negeri / kawasan
 Taiwan Kaohsiung Flag of the Republic of China.svg Taiwan Selatan
 Djibouti Djibouti Flag of Djibouti.svg Kawasan Djibouti
 Sri Lanka Colombo Western Province Flag (SRI LANKA).png Wilayah Barat

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Gulhifalhu.com, Global Business Park Gulhi Falhu

Pautan luar[sunting | sunting sumber]