Kelip-kelip Sungai Yak Yah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sejenis kelip-kelip.

Kawasan perlindungan kelip-kelip Yak Yah merupakan habitat bagi kelip-kelip yang terbesar di Malaysia yang terletak di Sungai Yak Yah, kira-kira setengah jam dari bandar Chukai, Terengganu.

Untuk melihat kelip-kelip ini, pelancong perlu menaiki bot di jeti Sungai Yak Yah. Kelip-kelip ini dapat dilihat di sepanjang Sungai Yak Yah menjelang malam hari kerana serangga ini hanya akan aktif dan keluar dari tempat persembunyiannya pada waktu malam sahaja.

Untuk kemudahan para pelancong, bot-bot berenjin bateri tanpa gangguan bunyi digunakan untuk memberi pengalaman kepada pengunjung, khususnya mereka yang gemar menikmati alam semula jadi. Bot-bot ini tersedia untuk kegunaan pelancong di jeti di kawasan kelip-kelip Sungai Yak Yah. Para pelancong akan di bawa menyelusuri Sungai Yak Yah sambil melihat sendiri rupa kelip-kelip yang amat jarang ditemukan ini mengerumuni pokok berembang, putat dan bebaru yang tumbuh subur di sepanjang sungai tersebut.

Terdapat empat spesies kelip-kelip atau kunang-kunang dikatakan ada di Sungai Yak Yah,[1] di mana haiwan kecil yang unik itu membiak dengan begitu banyak dari bulan Julai hingga Oktober pada setiap tahun. Spesies kelip-kelip terbanyak adalah Pteroptyx tener.[perlu rujukan]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Zaiti Sabiti (26 Julai 2019). "Pelihara koloni kelip-kelip". Harian Metro.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]