Kem Terendak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kem Terendak ialah sebuah kem askar Angkatan Tentera Malaysia. Ia terletak di Sungai Udang,Melaka, kira-kira 13 batu di utara Bandar Melaka di jalan Melaka-Masjid Tanah.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kem ini dahulunya dibina oleh tentera British bagi menempatkan markas 28 Commonwealth Infantry Brigade yang merangkumi 1 batalion tentera British, 1 batalion tentera Australia, 1 batalion askar Melayu dan 1 kompeni tentera New Zealand beserta peralatan bantuan perang dan perkhidmatan. Tetapi apabila mereka berundur, kem ini telah diserahkan kepada Kerajaan Malaysia.

Unit pertama Infantri Komanwel ke-28 berpindah ke Kem Terendak pada akhir 1959 dan menjelang pertengahan-1960 kem ini penuh dihuni, walau pembinaan berterusan sehingga 1964 apabila hospital siap dibina.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Australian Government, Department of Veteran's Affair Terendak Military Cemetery, Malaysia

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Bahasa Melayu

English