Sungai Udang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sungai Udang
Nama samaran: S.U.
Sungai Udang yang terletak di Malaysia
Sungai Udang
Koordinat: 2°16′53.45″U 102°8′5.89″T / 2.2815139°U 102.1349694°T / 2.2815139; 102.1349694
Negara Flag of Malaysia.svg Malaysia
Negeri Flag of Malacca.svg Melaka Bandaraya Bersejarah
Daerah Melaka Tengah
Tahun pembukaan 1600 Masihi (anggaran)
Kerajaan
 - ADUN Y.B Datuk Ir. Idris bin Haron (BN)
 - Ahli Parlimen Y.A.B Abu Bakar Bin Mohamad Diah (BN)
Zon masa MST (UTC+8)
Poskod 76300/76200 Sungai Udang
Kod kawasan +06

Sungai Udang adalah sebuah perbandaran yang semakin pesat membangun di negeri Melaka Bandaraya Bersejarah. Kedudukannya yang amat strategik, terletak di antara laluan persekutuan utama menghubungkan Bandar Melaka dan Masjid Tanah.

Sungai Udang dikelilingi dengan beberapa kawasan penempatan seperti kampung Paya Rumput Jaya, Bertam Ulu, Pantai Kundor dan Tangga Batu.

Kem Terendak yang merupakan kem tentera yang di bina sepenuhnya kerajaan komonwel di Malaysia juga terletak di Sungai Udang. Sungai Udang juga dikenali sebagai "Home of the Commandos" kerana di sinilah bermulanya sejarah Regimen Gerak Khas iaitu sebuah pasukan komando elit Angkatan Tentera Malaysia. Di dalam Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980) serta proses memperkasakan angkatan tentera, Pusat Latihan Peperangan Khas (Special Warfare Training Centre) telah ditubuhkan di Sungai Udang. Masih kekal dengan fungsinya melatih anggota komando yang siap siaga serta mahir melakukan aktiviti di udara, di dalam laut dan tentunya di darat hingga ke hari ini.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, lanskap pembangunan Sungai Udang semakin pesat berubah dengan terbina dan bermulanya operasi Loji Penapisan Kedua Petronas Fasa I dan Fasa II (PSR I & PSR II) yang merupakan antara yang terbesar seumpamanya di sebelah pantai barat. Fasa III masih lagi dalam pembinaan dan dijangka siap pada tahun 2012. Pelabuhan Sungai Udang yang dikendalikan Petronas Sungai Udang Port Sdn Bhd juga telah memperkenalkan lagi nama Sungai Udang di peta maritim antarabangsa.

Kompleks Penjara Melaka, Sungai Udang yang baru dibina juga bakal menjadi salah satu mercu tanda baru bagi bandar kecil yang serba lengkap ini.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Mengikut kisah masyarakat tempatan, asal-usul nama Sungai Udang diperolehi dari nama sebatang sungai yang mengalir di kampung ini. Peranan sungai tersebut yang penting dalam mengairi kawasan pertanian dan pengangkutan pada ketika itu. Kononnya juga terdapat banyak udang malah juga buaya didalamnya. Diceritakan juga bahawa beberapa kali jugalah jemaah masjid telah bersua dengan reptilia pemangsa ini ketika hendak mengambil wudhuk di kolah masjid yang terletak di tepi sungai.

Sungai Udang mempunyai sebuah masjid bersejarah yang telah dibina pada tahun 1810 masihi. [1]

Sungai Udang juga pernah terkenal sebagai di antara pusat pendidikan pondok tersohor di sebelah pantai barat semenanjung dengan penubuhan Madrasah An-Nuriah An-Diniah di Paya Rumput pada 8 Rejab 1358 bersamaan 12 Ogos, 1940, oleh Tuan Guru Muallim Haji Abdul Wahid bin Othman. [2]

Pondok ini telah mendapat sambutan hebat pada 1950-an di mana terdapat hampir 100 buah pondok dengan lebih 350 orang pelajar dalam satu sesi pengajian. Pada 1962, madrasah ini telah mendirikan asrama untuk anak yatim lelaki di Sungai Udang, manakala anak yatim perempuan kekal di Paya Rumput.

Tuan Guru Muallim Haji Abdul Wahid sebagai pengasas dan juga sebahagian daripada tenaga pengajar, mengadakan kelas-kelas ilmu fiqh, tasawuf, nahu, saraf, tauhid, tafsir dan hadis di kedua-dua asrama ini. Pada tahun 1971, sistem pengajian akademik telah diperkenalkan di madrasah ini di sebelah pagi, manakala pengajian pondok pada sebelah petang serta mendapat sumbangan bantuan dari Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).

Tuan Guru Muallim Haji Abdul Wahid juga terkenal kerana kehidupan sufinya. Beliau dikenali ramai kerana warak, tawaduk dan qanaah sehingga dianggap sebagai wali Allah. [3]

Komuniti[sunting | sunting sumber]

Majoriti penduduk Sungai Udang adalah terdiri dari anggota tentera dan keluarga mereka serta bekas pesara tentera kerana terdapat dua kem tentera iaitu Kem Terendak dan Kem Sungai Udang. Kem Terendak adalah antara kem terbesar di Malaysia kerana menempatkan hampir kesemua cabang unit di dalam ATM. Sungai Udang juga lebih dikenali sebagai Pekan Tentera Darat [4] selain gelaran klasiknya Home of the Commandos.

Politik[sunting | sunting sumber]

Peta DUN N11 Sungai Udang.

Lihat juga Politik di Melaka

Perhubungan[sunting | sunting sumber]

  • Melalui Lebuhraya Utara Selatan dari Kuala Lumpur keluar Tol Simpang Ampat, Alor Gajah terus arah ke Bandar Melaka melalui Lebuh AMJ (Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin) hingga persimpangan bertingkat Cheng, susur ke kanan menuju Pekan Sungai Udang (10 km).
  • Dari Johor Bahru keluar Tol Air Keroh, 500 meter ambil susur kiri melalui Lebuhraya Air Keroh-Sungai Udang terus menuju Pekan Sungai Udang (21 km).
Bandar/Pekan Ke Sungai Udang, Melaka (km)
Seremban 85.0
Masjid Tanah 8.0
Alor Gajah 25.0
Ayer Keroh 21.0
Gemencheh 56.0
Tampin 35.0
Port Dickson 62.0
Tanjung Bidara 3.0
Rembau 54

Pengangkutan awam

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Daftar kemudahan awam & projek pembangunan yang tersedia di Sungai Udang bagi meningkatkan kualiti hidup serta memberi keselesaan dan jaminan keselamatan kepada seluruh penduduk dan kawasan sekitarnya:

Agensi Kerajaan

Agensi Swasta

  • Koperasi Angkatan Tentera, Taman Desa Taming Sari

Kemudahan Awam

  • Dewan Kompleks JAPERUN, Sungai Udang
  • Kolam Renang Olimpik, Kem Terendak

Pusat Kesihatan

  • 94 Hospital Angkatan Tentera (ATM), Kem Terendak
  • Pusat Kesihatan Kecil (PKK) Sungai Udang
  • RSAT Kem Gerakhas, Sungai Udang
  • Pusat Pergigian Angkatan Tentera (ATM), Kem Terendak

Klinik / Poliklinik Swasta

  • Klinik Wira Medik Sdn Bhd, Plaza Sungai Udang
  • Poliklinik Keluarga Dan Surgeri
  • Klinik Keluarga Dr. Zulinda
  • Poliklinik Bintang Mas, Bandar Baru Sungai Udang

Farmasi

  • Farmasi Seraya, Taman Desa Taming Sari

Internet Jalur Lebar

  • Sehingga April 2010, hanya Celcom dan Maxis sahaja yang mempunya isyarat HSDPA dan UMTS.
  • Digi - Isyarat EDGE
  • Isyarat jalur lebar streamyx tidak terdapat di Kem Terendak sahaja.

GPS

  • Sistem GPS bergrafik yang menyokong sepenuhnya lokasi Sungai Udang ialah Garmin.

Kawasan Komersial[sunting | sunting sumber]

  • Taman Desa Taming Sari
  • Plaza Sungai Udang
  • Bandar Baru Sungai Udang
  • Taman Terendak Height
  • Taman Keris Emas
  • Kawasan Batu 13
  • Pekan Sungai Udang

Taman Perumahan[sunting | sunting sumber]

  • Hang Tuah Estet
  • Leech Avenue
  • Taman Peruna
  • Taman Bukit Terendak
  • Taman Terendak Permai
  • Taman Keris Emas
  • Taman Pahlawan
  • Taman Terendak Heights
  • Taman Desa Taming Sari (TDTS)
  • Bandar Baru Sungai Udang
  • Taman Keris Laksamana, Kompleks Penjara Melaka, Sungai Udang.
  • Taman Indah
  • Taman Sungai Udang
  • Taman Keris Satria (masih dalam pembangunan)
  • Rumah Awan Sungai Udang
  • Taman Seri Terendak

Kawasan Perkampungan[sunting | sunting sumber]

  • Kampung Paya Rumput Jaya
  • Kampung Sungai Udang Jaya
  • Kampung Sungai Udang
  • Kampung Baru Sungai Udang

Pekan Berhampiran[sunting | sunting sumber]

Institusi pendidikan[sunting | sunting sumber]

Institusi pendidikan secara formal yang pertama ditubuhkan di Sungai Udang ialah Sekolah Kebangsaan Sungai Udang yang dibina oleh pihak pentadbiran British pada tahun 1 Januari, 1908 dan mula digunakan pada bulan November tahun yang sama. Berikut adalah daftar institusi pendidikan lain yang dibina di sekitar Sungai Udang.

Sekolah Kebangsaan & Jenis Kebangsaan

Nama Sekolah Tahun Penubuhan Kod Laman Web
Sekolah Kebangsaan Sungai Udang 1908 MBA2027 [1]
Sekolah Kebangsaan Kem Gerakhas 1979 MBA2038 [2]
Sekolah Kebangsaan Kem Terendak 1 1960 MBE0045 [3]
Sekolah Kebangsaan Kem Terendak II 1995 MBA0042 [4]
Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Sungai Udang 双溪于浪国民型华文小学 1953 MBC2080 [5]

Sekolah Menengah Kebangsaan

Nama Sekolah Tahun Penubuhan Kod Laman Web
Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Udang 1981 MEA0100 [6]
Sekolah Menengah Kebangsaan Kem Terendak 1965 MEE0094 [7]
Maktab Rendah Sains Mara Kem Terendak 1983 [8]

Sekolah Agama

Nama Sekolah Tahun Penubuhan Kod Laman Web
Tadika JAIM An-Nuriah MAA2002 [9]
Tadika JAIM Kem Terendak MAA2007 [10]
Sekolah Rendah Agama JAIM An-Nuriah MYA2006 [11]
Sekolah Rendah Agama JAIM Kem Gerak Khas MYA2028 [12]
Sekolah Rendah Agama JAIM Kem Terendak 1 MYA2030 [13]
Sekolah Rendah Agama JAIM Kem Terendak 2 MYA2031 [14]
Sekolah Rendah Agama JAIM Sungai Udang MYA2049 [15]
Sekolah Menengah Arab JAIM al-Mahdi MXT2001 [16]

Kelas Agama & Fardhu Ain (KAFA)

Nama Sekolah Tahun Penubuhan Kod
KAFA Masjid Sungai Udang
KAFA Sekolah Kebangsaan Kem Terendak 1
KAFA Surau Al-Hidayah

Rumah ibadat[sunting | sunting sumber]

Masjid

Surau

  • Surau Al-Amin Sungai Udang
  • Surau Nurul Iman Sungai Udang
  • Surau Al-Hidayah, Taman Peruna Sungai Udang
  • Surau Al-Tariqiah Sungai Udang
  • Surau Flat Tentera, Taman Desa Taming Sari (TDTS), Sungai Udang
  • Surau An-Nur, Taman Desa Taming Sari (TDTS), Sungai Udang
  • Surau Al-Munawarah, Taman Terendak Permai, Sungai Udang

dan surau-surau yang terdapat di dalam Kem Terendak.

Komersil[sunting | sunting sumber]

Pusat membeli-belah

  • Family Store Sdn. Bhd., Taman Desa Taming Sari
  • Pasaraya Ten Ten, Taman Desa Taming Sari
  • Pasaraya Ku, Taman Desa Taming Sari
  • Pasaraya Econsave, Bandar Baru Sungai Udang
  • KAMDAR, Bandar Baru Sungai Udang
  • KFC, Bandar Baru Sungai Udang

Perbankan

Stesen Minyak

  • Stesen Minyak PETRONAS, Taman Desa Taming Sari
  • Stesen Minyak SHELL, Batu 12 Sungai Udang
  • Stesen Minyak PETRONAS, Bandar Baru Sungai Udang

Kafe Siber

  • Fadil Cyber Cafe Taman Pahlawan
  • G-NET, Taman Desa Taming Sari
  • PC WORLD, Bandar Baru Sungai Udang
  • PRIME CT, Taman Pahlawan
  • Intech, Taman Desa Taming Sari

Tempat menarik[sunting | sunting sumber]

Sama nama[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Abdul Halim Haji Jaafar Rencana dan Peristiwa Bergambar Masjid Sungai Udang, Melaka Laman Web Masjid Sungai Udang, Melaka.
  2. ePondok Muallim Abdul Wahid Sungai Udang, Ulama’ Melaka Tersohor Pusat Pembangunan Pondok Berhad.
  3. Mohd Fadli Ghani Muallim Abdul Wahid Sungai Udang : Ikon PAS Melaka Harakah Daily.
  4. Zulkiflee Bakar Memberi 'nafas baru' pada PD Utusan Malaysia 5 October 2009

Pautan luar[sunting | sunting sumber]