Kempen Sekigahara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kempen Ketenteraan Sekigahara
Bahagian dari Sengoku Jidai
Tarikh
  • 22 Ogos - 5 November 1600

Konflik tingkatan rendah dari 12 JulyBerlanjut di pertikaian Puak Date-Uesugi di Wilayah Tōhoku sampai Mei 1601

Lokasien Jepun
Hasil Kemenangan Puak Tokugawa; dimulainya Pemerintahan Keshogunan Tokugawa mengendalikan Kerajaan yang dipimpin Maharaja Jepun
Pengubahan Sempadan Puak Tokugawa menguasai Jepun kecuali tanah peribadi Keluarga Maharaja
Pihak Terlibat
Tentera Timur: Pasukan yang setia pada Tokugawa Ieyasu
  • Puak Tokugawa
  • Puak Maeda
  • Puak Mogami
  • Puak Date
  • Puak Kuroda
  • Puak Hosokawa
  • Puak Kyogoku
  • Puak Sanada sayap kiri
  • Puak Kobayakawa (sebelum khianat)
Tentera Barat: Pasukan yang setia pada Ishida Mitsunari
  • Puak Toyotomi
  • Puak Mori
  • Puak Uesugi
  • Puak Otomo
  • Puak Shimazu
  • Puak Chosokabe
  • Puak Oda
  • Puak Sanada sayap kanan
  • Puak Kobayakawa (pelkhianat)
Komando dan Pimpinan
Tokugawa IeyasuTokugawa Hidetada

Katō Kiyomasa Honda Tadakatsu Torii Mototada Ii Naomasa (DOW)

Maeda Toshinaga Mogami Yoshiaki Date Masamune Kuroda Yoshitaka Hosokawa Tadaoki Hosokawa Fujitaka Kyōgoku Takatsugu Sanada Nobuyuki Kobayakawa Hideaki (sebelum khianat)

Ishida Mitsunari

Ukita Hideie Shima Sakon Ōtani Yoshitsugu Toyotomi Hideyori Mōri Terumoto Mōri Hidemoto Konishi Yukinaga Uesugi Kagekatsu Naoe Kanetsugu Maeda Toshimasu Ōtomo Yoshimune Tachibana Muneshige Shimazu Yoshihiro Shimazu Toyohisa Chōsokabe Morichika Oda Hidenobu Sanada Masayuki Sanada Yukimura Kobayakawa Hideaki (berkhianat)

Kekuatan Tentera
Lebih dari 75,000 kemungkinan 120,000 kemungkinan
Kerugian
4,000–10,000 terbunuh 8,000–32,000 terbunuh

~23,000 pelkhianat

Kempen Ketenteraan Sekigahara ialah satu siri pertempuran-pertempuran yang terjadi di Jepun antara Tentera Timur yang dipimpin Tokugawa Ieyasu sekaligus pemimpin Puak Tokugawa dan Tentera Barat yang setia kepada Ishida Mitsunari yang secara de-facto memimpin Puak Toyotomi dikarenakan Putra Toyotomi Hideyoshi yang masih kecil. Perang ini memuncak dalam Pertempuran Sekigahara. Konflik itu dicetuskan oleh ekspedisi hukuman yang diketuai oleh Ieyasu terhadap puak Uesugi di wilayah Tōhoku timur laut, memberikan Mitsunari peluang untuk mengecam Ieyasu atas nama taikō yang memerintah bayi Toyotomi Hideyori semasa tentera Tokugawa berada di medan.

Kebanyakan kempen terjadi daripada siri halauan Pasukan Mitsunari terhadap serangan musuh di Tōkaidō dan Nakasendō, jalan utama yang menghubungkan Bandar Edo dan ibu negara Kyoto . Walau bagaimanapun, pertempuran dan pengepungan yang jauh dari lebuh raya utama ini, baik di Tōhoku dan dalam kantung penentangan di sekitar ibu kota, mempunyai kesan yang meluas terhadap pergerakan dan ketersediaan tentera untuk pertempuran yang menentukan di Sekigahara. Perang juga merebak seketika ke pulau selatan Kyūshū, tetapi Ieyasu dengan cepat mengarahkan tenteranya untuk berundur berikutan kemenangannya atas sebab politik.

Perang secara dramatik menyebabkan perubahan peta perpolitikan Jepun dan sebagai konsekuensyennya Keshogunan Tokugawa berani menantang puak Toyotomi dan peralihan kuasa politik antara pelbagai daimyō yang menyertainya.