Kawasan Tōhoku

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar
Edit-clear.svg
Rencana ini memerlukan kemaskini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Silalah membantu.
Anda boleh rujuk: Laman PerbincangannyaDasar dan Garis Panduan WikipediaManual Menyunting




Rencana ini adalah artikel salah satu wilayah di Jepun. Tōhoku iaitu nama sebuah bandar kecil di Wilayah Aomori.
Wilayah Tōhoku, Jepun

Wilayah Tōhoku (東北地方 Tōhoku-chihō?) adalah salah satu wilayah di Jepun yang dibahagi berdasarkan kedudukan geografi. Tōhoku merupakan Bahasa Jepun yang bermaksud "timur laut", dan Wilayah Tohoku terletak di bahagian timur laut Pulau Honshu, pulau terbesar di Jepun. Kawasan ini juga dikenal sebagai Michinoku (みちのく?).

Kawasan ini terdiri dari enam wilayah: Akita, Aomori, Fukushima, Iwate, Miyagi dan Wilayah Yamagata.

Sebagai daerah kekuasaan terakhir Suku Ainu di Honshu dan sebagai tempat terjadinya banyak peperangan, Wilayah Tohoku mempertahankan reputasinya sebagai wilayah yang paling belakang, dengan menawarkan pemandangan yang indah namun dengan iklim yang melampau.

Tōhoku, seperti kebanyakan kawasan di Jepun, mempunyai banyak bukit dan pergunungan, dengan Pergunungan Ou yang membentang dari utara ke selatan. Walaupun industri besi, baja, simen, kimia, kertas, dan minyak mentah baru bermula pada tahun 1960-an, Tōhoku sudah dikenali sejak lama sebagai 'gudang pertanian' Jepun, kerana wilayah ini membekal Sendai dan Tokyo-Yokohama dengan beras dan lain-lain keperluan pertanian. Tōhoku merupakan pengeluar 20 peratus dari penghasilan beras negara. Namun begitu, iklim yang melampau hanya membolehkan petani di wilayah ini untuk menuai sekali dalam setahun.

Pariwisata merupakan industri utama di Kawasan Tōhoku

[sunting] Lihat juga

[sunting] Rujukan