Kerajaan Beraja Bavaria
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kerajaan Beraja Bavaria (Bahasa Jerman: Königreich Bayern) adalah sebuah negeri Jerman yang wujud bermula pada tahun 1806 sehingga 1918. Elector Maximilian IV Joseph dari Kerabat Wittelsbach menjadi raja pertama Bavaria pada tahun 1806 dengan memakai nama Maximilian I Joseph. Monarki kekal dipegang oleh kerabat Wittelsbachs sehingga pembubaran kerajaan beraja ini pada tahun 1918. Kebanyakan sempadan Bavaria pada hari ini diwujudkan selepas tahun 1814 ekoran Perjanjian Paris, yang mana Bavaria melepaskan hak ke atas Tyrol dan Vorarlberg kepada Empayar Austria, dan pada masa yang sama menerima Aschaffenburg dan sebahagian daripada Hesse-Darmstadt. Sebagai sebuah negeri di dalam Empayar Jerman, ia merupakan negeri kedua terbesar selepas Prusia. Sejak penyatuan Jerman pada tahun 1871, Bavaria sehingga kini kekal wujud sebagaian daripada Jerman.
Rujukan [sunting]
Pautan luar [sunting]
Media berkenaan Kerajaan Beraja Bavaria di Wikimedia Commons.- Catholic Encyclopedia: The Kingdom of Bavaria
- Guide to Bavaria: The Kingdom of Bavaria
Templat:States of the Confederation of the Rhine Templat:States of the German Confederation Templat:States of the German Empire