Empayar Jerman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Die Proklamation des Deutschen Kaiserreiches oleh Anton von Werner (1877), yang menggambarkan peristiwa pengisytiharan penubuhan Empayar Jerman (18 Januari 1871, Istana Versailles).

Empayar Jerman (Bahasa Jerman: Das Deutsche Kaiserreich) merujuk kepada negara Jerman yang wujud sekitar tahun 1871-1919. Empayar ini ditubuhkan pada 18 Januari 1871 selepas kemenangan Gabungan Jerman Utara dan sekutu-sekutu Jermannya di selatan dalam Perang Perancis-Prusia. Penubuhan empayar ini menamatkan proses penyatuan Jerman yang panjang dan menjadikannya sebuah negara bangsa di bawah teraju Dinasti Hohenzollern yang berkuasa di Prusia. Empayar ini mengamalkan sistem raja berperlembagaan dengan Raja William I dari Prusia sebagai Maharaja Jerman yang pertama dan diakhiri dengan Revolusi Jerman dan turunnya dari takhta oleh Maharaja William II pada bulan November 1918. Empayar ini kemudiannya disambung oleh Republik Weimar yang diisytiharkan pada 11 Ogos 1919.


Flag of Germany.svg Rencana berkaitan Jerman ini merupakan rencana tunas. Bantulah Wikipedia dengan mengembangkannya.