Keranda risyi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Keranda risyi dua firaun Dinasti ke-17, Sekhemre-Heruhirmaat Intef (kiri) dan Sekhemre-Wepmaat Intef (kanan).

Keranda risyi ialah keranda yang dihiasi dengan lukisan bulu pelepah, yang digunakan di Mesir Purba. Ia tipikal dalam Zaman Perantaraan Kedua Mesir, s. 1650 hingga 1550 SM. Namanya berasal daripada ريشة (risyah), bahasa Arab untuk "bulu pelepah".

Semasa Kerajaan Lama dan Kerajaan Tengah Mesir, keranda dibuat dalam bentuk segi empat tepat. Keranda pertama dalam bentuk manusia hanya muncul pada Dinasti ke-12. Reka bentuk keranda-keranda menggambarkan kepala dan badan mumianya tanpa lengan dan kaki seolah-olah mereka dibalut dengan linen. Keranda selalu dibuat dalam beberapa set dengan keranda paling luar berbentuk segi empat tepat. Mungkin menjelang Dinasti ke-13, keranda manusia ini mula dihiasi dengan lukisan bulu pelepah dan tidak lagi diletakkan di dalam keranda luar, segi empat tepat, menjadi keranda risyi yang pertama. Contoh terawal yang disebut dalam kepustakaan ialah keranda jurutulis kurungan besar, Neferhotep, sejak Dinasti ke-13.[1] Walau bagaimanapun, keranda ini hanya disebut oleh penggalinya dan kini hilang. Contoh keranda risyi yang diketahui dan masih ada merupakan milik raja-raja Dinasti ke-17 dan ditemui pada abad ke-19 di Thebes (Luxor). Si matinya kerap digambarkan memakai hiasan kepala nemes, badan dilitup dengan bulu, terdapat tulisan di tengah dari atas ke bawah, dan di dada menampakkan burung hering dan ular tedung, dua simbol diraja.

Dinasti ke-17 juga mempunyai banyak keranda risyi persendirian. Keranda jenis ini masih ada pada awal Kerajaan Baru tetapi kemudiannya digantikan dengan jenis keranda lain.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Gianluca Miniaci: Rishi Coffins and the Funerary Culture of Second Intermediate Period Egypt, London 2011, ISBN 978-1906137243

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Gianluca Miniaci, Stephen Quirke: Mariette at Dra Abu el-Naga and the tomb of Neferhotep: a mid-13th dynasty coffin (?), In: Egitto e Vicino Oriente, 31 (2008), 1–25