Bulu pelepah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Gambaran dekat dua bulu pelepah ungu.

Bulu pelepah adalah satu tumbuhan epidermal yang membentuk penutup luar, atau bulu pada burung. Ia adalah satu ciri utama yang membezakan Kelas Aves dari yang lain.

Haiwan Asal[sunting | sunting sumber]

Bulu pelepah adalah struktur paling rumit pada vertebrates. Sebagaimana rambut, kuku dan sisik, bulu pelepah adalah tambahan integumentary; organ kulit yang terbentuk dari pembiakan terkawal sel biologi dalam epidermis, atau kulit luar, yang menghasilkan protin keratin.

Ia melindungi burung daripada air dan suhu sejuk dan memberikan warna yang kadang kala digunakan sebagai penyamaran dari pemangsa dan kadang kala sebagai cara komunikasi pandangan "visual". Walaupun setiap bulu pelepah amat ringan, bulu burung berat dua hingga tiga kali ganda berbanding tulangnya.

Ia dijangkakan bahawa bulu pelepah berubah dari sisik reptilia, bagaimanapun kajian terkini menimbulkan keraguan terhadap homologi ini (untuk bacaan lanjut lihat Q Rev Biol. 2002 Sep;77(3):261-95.). Bulu pelepah kemungkinannya merupakan struktur penebat berfilamen, atau kemungkinannya penanda untuk mengawan, dan ini kemudiannya berubah kepada bulu pelepah moden.

Walaupun burung menggunakan bulu pelepah untuk terbang, beberapa dinosaur telah dijumpai dengan bulu pelepah pada anggota badan mereka yang tidak mungkin berfungsi untuk terbang. Satu teori adalah bulu pelepah ini berkembang pada dinosour sebagai satu cara penebat; dinosaur kecil itu kemudiannya menghasilkan bulu pelepah yang lebih panjang yang membantu mereka meluncur, yang kemudiannya memulakan proses evolusi yang menghasilkan burung proto Archaeopteryx dan Microraptor.

Terdapat dua bulu pelepah asas: bulu pelepah luar vaned yang menutupi bahagian luar badan, dan bulu pelepah dalam down yang terdapat di bawah bulu pelepah luar, yang menghasilkan lapisan penebat. Bulu pelepah luar "vaned" termasuk remiges (bulu pelepah terbang), rektrikes "rectrices" (bulu pelepah ekor) dan bulu pelepah contour yang menyelitupi seluruh badan.

Bulu pelepah biasa mempunyai ciri batang asas atau rachis dalam bahasa Inggeris. Melekat pada batang asas ini adalah cabang-cabang atau barbs dalam bahasa Inggeris, yang juga mempunyai cabang yang dipanggil barbules dalam bahasa Inggeris. "Barbules" ini mempunyai cangkuk seni bagi saling melekat. Pada hujung bulu pelepah, rachis berkembang untuk membentuk paip calamus, atau quill, yang menembusi follikle pada kulit.

Bulu pelepah burung digantikan secara berkala sepanjang hidupnya melalui penggantian, bulu baru terbentuk melalui follikle yang sama menggantikan bulu pelepah tua yang digugurkan.

Kegunaan manusia[sunting | sunting sumber]

Bulu pelepah adalah lembut dan baik bagi memerangkap haba; dengan itu, ia kadang-kala digunakan dalam peralatan tidur bermutu tinggi, terutamanya bantal, selimut, dan tilam. Ia juga digunakan sebagai lapik bagi pakaian musim sejuk, seperti kot. Ia juga digunakan sebagai bantuan seksual. Bulu pelepah bewarna-warni seperti yang terdapat pada burung telah digunakan pada masa lalu bagi menghiasi topi dan umpan pancing.