Kereta api Gyaneshwari Express tergelincir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kereta api Gyaneshwari Express tergelincir
Lokasi Midnapore Barat, Bengal Barat
Tarikh 28 Mei 2010
1.30 am IST (UTC+5:30)
Jenis serangan Sabotaj atau pengeboman
Kematian 148[1]
Kecederaan 200+[2]
Pesalah Police Santras Birodhi Janosadharan Committee[3]
Penyerang disyaki Parti Komunis India (Maois)

Kereta api Gyaneshwari Express tergelincir berlaku pada 28 Mei 2010 jam 1.30 am di Sardiya, barat Midnapore, Benggala, India. 13 buah gerabak kereta api Howrah-Kurla Lokmanya Tilak Gyaneshwari Super Deluxe Express tergelincir ketika dalam perjalanan dari Howrah ke Mumbai. Puncanya kerana landasan rosak. Kejadian ini berlaku antara Khemasoli dan Stesen Sardiya. Kemudian kereta api itu dilanggar dengan kereta api barang dari arah bertentangan. Lebih 140 maut dan 5 daripada 13 gerabak terbalik di tepi landasan.

Punca[sunting | sunting sumber]

Polis masih menyiasat punca landasan kereta api rosak, tentang kemungkinan ada letupan atau disabotaj. Pengarah Jeneral Polis Bhupinder Singh menyatakan ada rel yang hilang dan plat (fish plate) yang kendur.

Menteri Kereta api India, Mamata Banerjee menuding jari kepada Parti Komunis India (Maois) kerana menemui bendera milik organisasi itu. Pemandu kereta api terdengar letupan sebelum tergelincir.

Ini adalah serangan kedua yang dilakukan oleh puak Maois terhadap orang awam pada bulan ini. Pada 17 Mei 2010, bas awam dibom di Dantewada daerah Chhattisgarh membunuh 36 orang termasuk 12 pegawai polis.[4]

Operasi menyelamat[sunting | sunting sumber]

Helokopter tentera udara India turut terlibat dalam operasi menyelamat. Mangsa diterbangkan hospital berdekatan. Perdana Menteri India Manmohan Singh sedih dengan kegelinciran 13 gerabak kereta api itu. Kerajaan berjanji akan memberi Rs. 5 lakh kepada waris yang mati dan Rs 1 lakh untuk yang cedera. Kerajaan menawarkan pekerjaan kepada ahli keluarga. Kerajaan Benggal akan menanggung kos rawatan di hospital.

Rujukan[sunting | sunting sumber]