Kereta kebal Tsar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kereta kebal Tsar

Kereta kebal Tsar, juga dikenali sebagai Netopyr' (Нетопырь, Pipistrellus kelawar) atau Kereta kebal Lebedenko, adalah kenderaan berperisai luar biasa Russia yang dibangunkan pada 19141915. Projek ini dibatalkan apabila ujian awal menunjukkan kenderaan tersebut berkuasa rendah dan terdedah kepada tembakan meriam.

Kereta kebal ini berbeza dengan kereta kebal moden dari segi ia tidak menggunakan trek berantai—sebaliknya ia meggunakan reka bentuk roda tiga. Dua roda hadapan bergaris pusat hampir 9 metre (27 kaki); yang belakang lebih kecil, hanya 1.5 metre (5 kaki) tinggi, roda tiga, bagi memastikan mudah dikendalikan. Menara kecil di atas mencecah ketinggian 8 metre. Badannya selebar 12 metre lebar dengan dua meriam pada serambi sponson. Senjata tambahan juga dirancang di bahagian perut.


Kenderaan itu mendapat nama gelaran kelawar, kerana apabila dibawa oleh roda belakang, menyerupai kelawar tidur bergantung

Roda yang besar bertujuan merentasi halangan besar. Bagaimanapun akibat silap pengiraan berat, rada belakang cenderung lekat di tanah lembut dan parit, dan roda hadapan kadang kala tidak mampu menariknya keluar. Ini mendorong kepada bencana ketika ujian dihadapan pesuruhjaya tinggi pada Ogos 1915. Kereta kebal tersebut kekal di lokasi ia diuji, sekitar 60 kilometer dari Moscow sehingga tahun 1923 apabila ia akhirnya dileraikan sebagai bahan lusuh.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]