Kereta kebal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kereta kebal US M1A1 Abrams adalah antara contoh kereta kebal moden. Turretnya rendah disesuaikan dengan bentuk keseluruhan kenderaan.

Kereta kebal merupakan kenderaan tempur berperisai (ACV) berantai yang direka untuk memusnahkan musuh yang kelihatan melalui tembakan langsung dari meriam bergaris pusat besar dan tembakan sokongan dari mesingan. Kereta kebal seperti "MBT" (Kereta Kebal Utama) dibezakan dengan kereta perisai seperti AFV (Kenderaan Tempur Infantri) melalui persenjataan dan perisainya. Kelangsungan kereta kebal untuk terus beroperasi ditentukan oleh ketebalan perisainya, di samping daya gerak dan kepantasan memusnah musuh oleh persenjataannya. Rantai kereta kebal membolehkannya melintasi sebarang jenis permukaan bumi, hatta jalan kasar dengan kelajuan menakjubkan.

Kereta kebal direka dan digunakan pertama-kalinya oleh British dalam Perang Dunia I (WWI) untuk memecahkan kebuntuan peperangan kubu parit, dan mereka terlibat secara beransur-ansur untuk menjalankan tugas asal pasukan berkuda di medan perang: dengan sama ada serangan posisi rusuk dengan pergerakan pantas atau menembusi pertahanan dengan pemusatan yang besar. Setiap pergerakan akan diikuti oleh dengan penembusan yang dalam ke barisan hadapan musuh, sekali lagi dengan daya geraknya yang tinggi. Kereta kebal jarang beroperasi sendirian, terorganisasi dalam unit berperisai, selalunya dalam pasukan bersenjata gabungan. Tanpa sokongan yang baik, biarpun mempunyai ketebalan perisai dan daya gerak, ia mudah dimusnahkan dengan meriam anti-kereta kebal khas, kereta kebal lain, roket anti-kereta kebal, periuk api anti-kereta kebal, infantri dan pesawat khas anti-kereta kebal.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Sejarah kereta kebal

Prototaip kereta kebal pertama diuji bagi tentera British untuk kali pertama pada 6 September 1915. Walaupun istilah "kapal darat" digunakan oleh The Admiralty, untuk mengekalkan rahsia, kenderaan awal dirujuk sebagai "pengangkut air" yang kemudian dipendekkan sebagai "tank" (tangki air dalam bahasa Inggeris).

Perkataan "tank" (tangki) digunakan untuk mengelirukan pekerja bahawa mereka sedang membina bekas air bertayar berantai untuk tentera British di Mesopotamia. Ia dijadikan nama rasmi pada 24 Disember, 1915. Lagenda menceritakan bahawa setelah disiapkan, kereta kebal itu dihantar ke Perancis tong kayu besar. Untuk mengekalkan rahsia dan tidak menimbulkan tarikan kepada tong dan kereta kebal itu sendiri dilabel dengan tempat tujuan di Petrograd, Russia. Sebenarnya kereta kebal tidak pernah dihantar dalam tong kayu:: tulisan dalam bahasa Russia ditulis pada badan untuk penganggangkutan mereka dari kilang ke pusat latihan pertama di Thetford. Kereta kebal pertama digunakan dalam pertempuran di dalam Pertempuran Somme pada 15 September 1916. Penggunaan kereta kebal secara besar-besaran dalam pertempuran berlaku dalam Pertempuran Cambrai pada 21 November 1917.

Walaupun kereta kebal pada akhirnya menjadikan perperangan parit Perang Dunia I lapuk, ia bukannya faktor penentu dalam perperangan itu. Keputusan awal dengan kereta kebal adalah rendah, dengan kereta kebal terbukti tidak boleh diharap, berkuasa rendah, perisai lemah dan tidak berupaya bergerak dalam mukabumi medan perang. Bagaimanapun, konsepnya dianggap bagus dan reka bentuk kereta kebal pihak bersekutu (termasuk Perancis) diperelok semasa perperangan. Kereta kebal yang berikutnya lebih tahan, mempunyai enjin lebih berkuasa, mampu menahan peluru penembus perisai Jerman dan dengan bentuk rhomboid mampu mengatasi halangan besar. Jerman turut membina beberapa kereta kebal, tetapi tidak mendalami konsep ini dengan lebih jauh.

Antara dua perang dunia, konsep kereta kebal diterima, dan beberapa negara mereka dan membina kereta kebal. Pelbagai saiz kereta kebal dipertimbangkan, dan usaha pembangunan yang banyak dilakukan bagi kereta kebal ringan yang boleh digunakan melawan infantri. Bagaimanapun, dengan pertempuran kereta kebal melawan kereta kebal merupakan matlamat utama, ia menjadi jelas bahasa kereta kebal masa hadapan perlu dilengkapi dengan perisai berat dan membawa meriam besar. Bentuk kereta kebal, dahulunya sepenuhnya mempertimbangkan melepasi halangan, sekarang ditukar, dengan profil rendah diingini untuk sukar dilihat dan stabil.

Contoh kereta kebal[sunting | sunting sumber]

  1. Kereta kebal Panther
  2. Kereta kebal T-34
  3. Kereta kebal Cromwell
  4. Kereta kebal Challenger 1
  5. Kereta kebal Challenger 2
  6. PT-91M "Pendekar"
  7. Kereta kebal Centurion
  8. Cruiser Mk I
  9. Cruiser Mk III
  10. Kereta kebal Cruiser Mk IV
  11. Cruiser Mk VIII Challenger
  12. Leopard 2
  13. M4 Sherman
  14. Kereta Kebal Tiger

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]