Kereta kebal Type 95 Ha-Go

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Templat:AFV

Type 95 Front 3-4 view.JPG

Kereta kebal Type 95 Ha-Gō (九五式軽戦車 ハ号 kyūgo-shiki kei-sensha Ha-Gō?) (juga dikenali sebagai Ke-Go[1] or Kyu-Go[2]) adalah kereta kebal ringan yang digunakan oleh Tentera Jepun Imperial dalam operasi tempur semasa perang China-Jepun Kedua, di Nomonhan menentang Soviet Union, dan semasa Perang Dunia Kedua. Ia terbukti mencukupi menentang tentera infantri; bagaimanapun, sama seperti M3 Stuart Amerika, ia tidak direka bagi bertempur menentang kereta kebal yang lain.[3] Sekitar 2,300 unit dihasilkan,[4] menjadikannya sebagai kenderaan tempur berperisai Jepun paling banyak pada masa itu semasa awal Perang Dunia II, termasuk di Malaysia.

Kereta kebal ringan Jenis 95 adalah rekabentuk lebih baru berbanding Jenis 94 tetapi mempunyai masaaalah yang sama seperti Jenis 94 dan juga termasuk masaalah lain. Kereta kebal 10-tan ini mempunyai perisai lebih nipis berbanding Jenis 94 (14mm). Ia lebih pantas sedikit berbanding Jenis 94 dan mampu mencapai kelajuan maksima 25(+) batu sejam.

Ia dilengkapi dengan meriam 37-mm, termasuk juga dua mesingan, satu yang mengadap kebelakang penara dan satu pada badan kereta kebal. Bagaimanapun, ketiga anggotanya tidak mampu mengendalikan kesemua senjata serentak.Terutamanya komandernya yang terlalu banyak kerja, terpaksa mengisi dan menembak meriam utama atau mesingan penara, termasuk juga memerintah kereta kebal. Jenis 95 juga mempunyai radius operasi sekitar 100 batu.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan wwiiv tidak disediakan
  2. "Type 95". Tanks of World War II. onwar.com. Diperoleh pada 17 August 2011. 
  3. Zaloga (Armored Thunderbolt) p. 16 & 18
  4. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Zaloga_pages_10_.26_17 tidak disediakan

Pautan luar[sunting | sunting sumber]