Kereta kebal Type 98

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kereta kebal ringan Type 98 Ke-Ni

Kereta kebal Type 98 Kereta kebal ringan Type 98 Ke-Ni (Jepun: 九八式軽戦車 ケニ, Hepburn: Kyuhachi-shiki keisensha Ke-Ni) direka bagi menggantikan kereta kebal ringan Type 95 Ha-Go Tentera maharaja Jepun. Ia juga dirujuk sebagai kereta kebal Type 98 Chi-Ni oleh sesetengah sumber [1]

kereta kebal Type 98 dibangunkan pada tahun 1938 bagi menangani kekurangan pada rekabentuk kereta kebal Type 95 yang muncul dari pengalaman bertempur di Manchukuo dan China semasa Perang Sino-Jepun Kedua. Prototaip bagi kereta kebal Type 98 baru ini disiapkan pada tahun 1939. Bagaimanapun, pengeluaran tidak bermula sehingga 1942. Dengan bermulanya Perang Dunia Kedua, Kakitangan Awam Jeneral Tentera Maharaja Jepun dengan pantas menyedari bahawa rekabentuk kereta kebal Type 95 lemah kepada tembakan mesingan berat (.50 kaliber), dan dengan itu cuba membangunkan kereta kebal ringan dengan berat yang sama seperti Type 95, tetapi dengan perisai lebih tebal.[2] Kereta kebal Type 98 memiliki turret dua orang yang biasa, pembaikan pada turret tak sekata (“asymmetrical”) yang digunakan pada kereta kebal Type 95, membawa meriam kereta kebal Type 100 37mm, dengan pecutan laras 760 m/s, dan dengan mesingan koaxial 7.7 mm di sisi. Hanya sekitar 103 kereta kebal Type 98 diketahui telah dibina >: 24 pada tahun 1942 dan 79 pada tahun 1943.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ [1] History of War.org website
  2. ^ Zaloga (Japanese Tanks) p. 18
  3. ^ Zaloga, Japanese Tanks 1939-45