Kereta terpakai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kereta terpakai adalah kereta yang pernah mempunyai pemilik seorang atau lebih. Kereta terpakai ini dijual oleh pelbagai pihak termasuk francais dan penjual pensendirian, syarikat lelong atau oleh oleh orang persendirian.

Jualan kereta terpakai sebagaimana yang ada[sunting | sunting sumber]

Hampir setiap kereta yang dijual berkeadaan sebagaimana dijual oleh pemilik terdahulu. Apa yang anda perhatikan pada kereta tersebut, sedemikianlah yang akan dijual kepada anda. Oleh demikian, pembeli seharusnya membuat kajian terlebih dahulu[1] sebelum membuat sebarang keputusan untuk membeli kereta. Sesetengah negara pula mempunyai peruntukan undang-undang tertentu bagi melindungi hak-hak pembeli daripada tertipu. Contohnya, terdapat undang-undang yang menyediakan ruang waktu di mana pembeli mempunyai hak untuk memulangkan barangan atau mewajibkan jaminan atas kereta.

Sesetengah pembeli seperti dari Amerika Syarikat, membeli rekod sejarah kereta terpakai sebelum membuat keputusan. Rekod ini merupakan cara yang murah untuk menyemak butiran kereta bagi mengelakkan dari tertipu.

Kebangkitan penggunaan internet telah menyemarakkan kewujudan maklumat kereta dan juga harga. Maklumat ini dahulunya hanya dapat diperolehi daripada surat khabar atau majalah-majalah. Sumber maklumat internet daripada pelbagai halaman dengan senarai spesifikasi dan harga yang berbeza membolehkan pembeli membuat keputusan yang lebih tepat.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. sabri. "Tips sebelum beli kereta terpakai". Diperoleh pada 2009-08-02.