Kes pegawai Jakim dikurung

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kes pegawai Jakim dikurung oleh syarikat penyembelihan Global Abattoir (M) Sdn Bhd (GA) pada 16 Mac 2010. Ketua esekutifnya adalah Ho Wee Chan menurut laman Persekutuan persatuan-persatuan penternak ayam.[1] Premis itu terletak di di Lot PT No. 1769, Kawasan MIEL Pedas Halal Park, 71400 Rembau, Negeri Sembilan . 12 pegawai penguatkuasa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Putrajaya dan pegawai dari Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan wakil media dikurung selama tiga jam dari 5.30 petang hingga 8.00 malam. Pegawai tersebut menyerbu premis itu selepas menerima laporan pegawai Jakim Pulau Pinang berlaku penyembelihan ayam yang meragukan di pasar raya besar di Pulau Pinang

12 pegawai dari dua agensi penguatkuasaan terkurung apabila pagar premis dikunci. Turut terperangkap ialah tiga wartawan dan dua jurukamera yang membuat liputan. Selepas polis datang dan mengadakan rundingan, barulah mereka keluar.

Seorang wartawan berjaya melepaskan diri dan meminta bantuan polis. 10 anggota polis dari Ibupejabat Balai Polis Daerah Rembau kemudian membebaskan kesemua yang terperangkap. Penolong Pengarah Bahagian Hab Halal JAKIM, Mohd Amri Abdullah turut 'terkurung' akibat tindakan berang lelaki Cina 40an itu.

Wartawan TV3, Shamsul Liani Abbas mendapat maklumat bahawa pasukan JAKIM telah menyerbu sebuah pasar raya di Pulau Pinang yang menjual ayam yang mempunyai sijil halal JAKIM tetapi sembelihannya diragui.[2]

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kesal dengan kejadian itu dan laporan polis hendaklah dibuat agar tindakan tegas terhadap jenayah itu dapat diambil.Mengurung secara paksa adalah salah, hanya mahkamah sahaja yang berhak memberi arahan seumpama itu dan ia menjadi lebih besar kerana penguatkuasa terbabit dikurung ketika sedang menjalankan tugas.[3]

Gantung[sunting | sunting sumber]

Datuk Wan Muhammad Sheikh Abdul Aziz selaku ketua pengarah Jakim menyatakan sijil halal untuk produk keluaran Global Abattoir digantung sehingga siasatan menyeluruh dijalankan oleh JAKIM dan pihak terlibat.[4]

Mohon maaf[sunting | sunting sumber]

Pada 19 Mac 2010, Pengarah Pemasarannya, Azrin Abd. Ajib memehon maaf atas insiden mengurung 12 pegawai tersebut. Syarikat tidak mempunyai niat atau menjadi polisi syarikat untuk berbuat demikian. Ia bertujuan mengawal trafik orang keluar masuk ke premis. Sukar untuk mengenal pasti siapa yang terdiri daripada agensi penguatkuasaan atau media. Sebarang rakaman gambar tidak dibenarkan diambil tanpa sebarang pengesahan bertulis daripada GA. Hanya Jakim dan KPDNKK boleh mengambil gambar bagi tujuan audit. Terdapat wartawan yang tidak memakai kad petugas.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz menyatakan GA hendaklah memohon maaf kepada persatuan wartawan seperti Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJM). Jakim membenarkan wartawan memberi liputan semasa operasi dijalankan.[5]

Ainol Amriz Ismail selaku presiden Kelab Wartawan Negeri Sembilan (i-Kwan) kesal dengan tindakan mengurung wartawan itu. Ketika wartawan membuat liputan perasmian kilang itu, kerjasama baik diberikan. Insiden itu akan dilaporkan kepada penasihat kelab iaitu Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan.[6]

Menteri Perdagangan Domestik, Kooperasi dan Pengguna akan mengambil tindakan perundangan terhadap keran menculik pegawai penguat kuasa dari kementerian dan Jabatan Pembangunan Islam (Jakim). Dalam kejadian tersebut pegawai kementerian dan Jakim termasuk wakil pemberita dikunci selama tiga jam di premesis tersebut yang berkeras agar gambar dipadamkan sekiranya mereka ingin dibebaskan.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Global Abattoir (M) Sdn Bhd dituduh melakukan dua kesalahan jenayah -- mengurung pegawai penguatkuasa dan menghalang mereka daripada melakukan tugas mereka. [7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Persekutuan persatuan-persatuan penternak ayam (Malaysia)". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-10-12. Dicapai pada 2010-03-20.
  2. ^ Pemilik Kilang Berang Dan Kurung Anggota Penguatkuasa
  3. ^ Penguatkuasa Dikurung Syarikat Penyembelih Diminta Buat Laporan Polis
  4. ^ Penguatkuasa Dikurung Syarikat Penyembelih Diminta Buat Laporan Polis
  5. ^ Syarikat 'kurung' penguat kuasa minta maaf
  6. ^ i-KWAN bidas'kurung' wartawan
  7. ^ (Inggeris) Police Report To Be Lodged Against Abattoir

Pautan luar[sunting | sunting sumber]