King's Field

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Rencana ini adalah mengenai sebuah permainan video yang dikeluarkan hanya di Jepun. Untuk judul yang dikeluarkan di Amerika Syarikat sebagai King's Field, lihat King's Field II.
King's Field
Kulit hadapan untuk keluaran pertama versi Jepn King's Field.
Pembangun From Software
Siri King's Field
Pelantar PlayStation
Tarikh keluaran JP 16 Disember, 1994
Genre Permainan video berperanan (Konsol)
Mod Seorang pemain

King's Field merupakan judul permainan video pertama dalam siri permainan video berperanan King's Field. Seperti penggantinya yang lain, judul ini dimainkan menerusi perspektif orang pertama dalam sebuah dunia yang gelap dan bermisteri, bertemakan sebuah alam fantasi pada zaman kuno.

King's Field direka oleh sebuah syarikat rekacipta permainan video Jepun iaitu From Software, dan dikeluarkan di Jepun pada 16 Disember, 1994. [1] Disebabkan judul pertama King's Field tidak pernah diterbitkan selain daripada Jepun, judul ini dikenali sekadar nama King's Field (Jepun) di Amerika Syarikat. Judul ini hanya pernah dikeluarkan untuk konsol PlayStation sahaja, dan kemudiannya diterjemah kepada bahasa Inggeris oleh peminat.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Terdapat sebuah negara kecil bergelar Verdite yang diselubungi hutan tebal, dikelilingi kabus tebal dan angin kencang.

Pada zaman dahulu kala, sewaktu peperangan besar berlaku dan ramai yang tumpas, Verdite diselamatkan oleh seseorang yang telah hilang masuk ke dalam hutan. Hanya kabus yang hilang bersama hutan itu sahaja yang mengenali identiti sebenarnya...

Penduduk setempat memanggil penyelamat mereka sebagai Naga Hutan dan membina sebuah kawasan permai dan menghormati penyelamat mereka di sana. Akhirnya, tinggallah sebuah lagenda dan kawasan permai tersebut menjadi sebuah Kubur Diraja dan semuanya menjadi senyap dan membisu.

Akan tetapi, lagenda tersebut pernah menyatakan, "Pada suatu masa akan datang Naga Hutan akan kembali, membawa bersamanya Artifak Sihir." Walaubagaimanapun, masanya belum tiba dan kawasan permai itu terus tidur lena...

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

(Inggeris) Laman web peminat King's Field