Kitasatu (album Spider)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kitasatu adalah merupakan album studio kelima karya kumpulan Spider yang telah diterbitkan dibawah label syarikat rakaman Luncai Emas pada tahun 2010.

Kitasatu
Album studio oleh
Dilancarkan pada2010
TempatMalaysia Edit the value on Wikidata
GenrePop
Panjang29:21
BahasaMelayu
SyarikatLuncai Emas
Universal Music
PenerbitDato' M. Nasir
Sandy Monteiro
Loan Cheong
Keon
Spider
Kronologi Spider
Bintang 12
(2007)
Kita Satu
(2010)
Ankabut
(2016)
Single daripada Kita Satu
  1. "Tapi Bagaimana"
    Dikeluarkan: 2010
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Maklumat album[sunting | sunting sumber]

KITASATU merupakan album kumpulan Spider yang kelima semenjak kemunculan album studio pertama mereka “Ngam Ho” yang di hasilkan pada tahun 1999. Album KITASATU memuatkan 7 buah lagu didalamnya; Ajaib, Rasakan Resapkan, Kitasatu, Tapi Bagaimana, Bukan Salah Aku, Kitasatu versi piano dan Bukan Salah Aku versi live akustik.

Kesemua lagu tersebut telah merupakan hasil ciptaan Tam( vokalis/gitaris) sendiri, kecuali “Bukan Salah Aku” merupakan ciptaan bersama mereka berempat. Album ini turut menerima sumbangan penulis lirik terkenal seperti Buddhi Hekayat, M. Nasir dan Keon bagi album kali ini.

Menurut SPIDER, KITASATU masih lagi mengekalkan konsep “ska rock” , cuma terdapat sedikit eksperimentasi yang cuba di ketengahkan oleh mereka menerusi beberapa buah lagu di dalam album ini. Lagu “Rasakan Resapkan” jelas menampakkan keberkesanan eksperimental mereka. Masih lagi mengekalkan kerancakan, cuma lagu ini sedikit berat dari segi lirik serta banyak bermain dengan ‘effect’ gitar dan keyboard. Lirik dari M. Nasir serta lagu ciptaan Tam ini berjaya membawa satu kelainan dari kebanyakan koleksi hits SPIDER sebelum ini.

Lagi Anjaib pula berentak ‘ska-rock’ memperlihatkan susunan muzik yang kreatif dan lebih matang dari kumpulan Spider. Mereka menonjolkan pelbagai rentak dari rancak kepada santai dan sedikit ala ‘broadway’ pada chorus lagu. ”Brass section” atau susunan trumpet, saxaphone dan trombone pada lagu ini menonjolkan lagi karektor ska nya.

Album Terbaru Spider 2011 - "KITASATU" - Konsep Ska Rock

Senarai runut[sunting | sunting sumber]

No.TajukPenulisKomposerMasa
1."Ajaib"Buddhi HekayatTam Spider5:10
2."Rasakan Resapkan"Dato' M. NasirTam Spider4:44
3."Kitasatu"KeonTam Spider3:40
4."Tapi Bagaimana"Dato' M. NasirTam Spider4:41
5."Bukan Salah Aku"Dato' M. NasirTam Spider3:51
6."Kitasatu" (Versi Piano) KeonTam Spider3:17
7."Bukan Salah Aku" (Live Akustika) Dato' M. NasirTam Spider4:04
Jumlah masa: 29:21

Rujukan[sunting | sunting sumber]