Kumpulan Spider

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Spider

Spider ketika beraksi di Konsert S2 Celebration
Latar belakang
Asal Bendera Malaysia Kuala Lumpur, Malaysia
Genre Rock
Punk rock
Ska
Ahli-ahli
Tam - penyanyi, gitar
Tony - gitar bes
Hanafi - gitar
Ayie - dram

Kumpulan Spider merupakan kumpulan muzik Malaysia. Mereka membawa lagu-lagu berunsur rock yang mempunyai pengaruh ska. Spider Ditubuhkan pada tahun 1996, pada waktu itu mereka terdiri daripada 3 orang anak muda dari Johor, Tam , Tony dan Nafi. Bakat mereka diasah oleh komposer terkenal Sifu M. Nasir di bawah syarikat rakaman Luncai Emas Sdn Bhd.

Isi kandungan

[sunting] Sejarah

Album pertama mereka diterbitkan pada tahun 1999 berjudul Ngam Ho dan berjaya memperkenalkan lagu hits "Mungkinkah terjadi". Aladin muncul pada tahun 2002 dan album ini terjual melebihi 60,000 unit menerusi lagu hit Aladin, Kekal, Kasih Latifah, Kau Saja dan Laukku Cukup Masin. Pada tahun 2004, album berjudul Nazraku yang memperkenalkan lagu hit Nazraku, Cinta Dewa Dewi dan Relaku Pujuk. Album ini telah memenangi anugerah Album Terbaik pada AIM 12, tidak cukup dengan itu spider telah berjaya memenangi Anugerah Juara Lagu 2004 menerusi lagu Relaku Pujuk. Pada tahun 2007, Spider menerbitkan album Bintang 12. Album ini telah mendapat sambutan ramai selain mendapat pujian pihak media kerana kretiviti mereka menerusi lagu hit, Mabuk, Salut, Anti Graviti dan Bila Nak Saksi. Album ini juga telah dicalonkan menerusi kategori Album Rock Terbaik di AIM 15.


[sunting] Diskografi

  • Ngam Ho (1999)
  • Aladin (2002)
  • Nazraku (2004)
  • Bintang 12 (2007)
  • Kitasatu (2010)


[sunting] Ahli-ahli Kumpulan

  1. Tam — penyanyi, pemain gitar
  2. Tony — Pemain gitar bass
  3. Nafi (Hanafi) — Pemain gitar
  4. Ayie — Pemain dram


[sunting] Pautan luar

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan