Kloaka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kloaka burung helang Buteo jamaicensis

Dalam bidang anatomi zoologi, kloaka (dari perkataan Latin cloaca yang bermaksud 'pembetung') merupakan bukaan hadapan yang berfungsi sebagai satu-satunya bukaan untuk saluran-saluran usus, pembiakan, dan kencing spesies haiwan tertentu. Kesemua amfibia, burung, reptilia, dan monotrema memiliki bukaan ini, yang mana ia mengumuhkan kencing dan tinja, tidak seperti mamalia beruri yang memiliki dua atau tiga bukaan berasingan untuk perkumuhan atau pembiakan.

Kawasan kloaka juga dikaitkan dengan suatu organ perembes bergelar kelenjar kloaka yang dikatakan merupakan punca kelakuan meninggalkan bau pada sesetengah amfibia, reptilia dan monotrema.

Rujukan[sunting | sunting sumber]