Kolej St Peter

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kolej St Peter, Bangunan Bro O'Driscoll (1939, tambahan 1944)

Kolej St Peter (St Peter's College) ialah sebuah sekolah menengah Katolik untuk lelaki di Auckland, New Zealand dan ia merupakan sekolah menengah Katolik yang terbesar di New Zealand. Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1939 oleh Christian Brothers, tetapi sejak dari tahun 2008 semua kakitangan-kakitangannya dilantik oleh orang biasa dan bukan pemimpin agama.

Sekolah ini boleh memuatkan sebanyak 1200 pelajar dari pelbagai etnik. Secara akademik, sekolah ini menawarkan kepada pelajar-pelajar senior kedua-dua sistem penilaian Sijil Negara Pencapaian Pendidikan (National Certificate of Educational Achievement - NCEA) dan Peperiksaan Antarabangsa Cambridge (Cambridge International Examinations - CIE). Sekolah ini menerima pendaftaran kira-kira 70 pelajar antarabangsa. Alumni yang terkemuka termasuk Sir Michael Fay (ahli perniagaan dan pelayar perahu layar) dan Sam Hunt (penyair).

Alamat[sunting | sunting sumber]

23 Mountain Rd, Epsom, Auckland 3
Telefon: +64 9 524 8108
Faks: +649 524 9459
E-mel: admin@st-peters.school.nz

Pautan luar[sunting | sunting sumber]