Kompleks Kraf Noor Arfa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kompleks Kraf Noor Arfa merupakan sebuah kompleks penjualan batik yang dibina di Kuala Terengganu dengan kos berharga RM7 juta.[1] Kompleks Kraf Noor Arfa mula dibuka pada 1 Januari 2008 di kawasan seluas 2.5 hektar. Pembukaan Kompleks Kraf Noor Arfa telah dirasmikan oleh Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 27 Jun 2008. Kompleks ini dibina dengan bercirikan Rumah Tradisional Terengganu dan kehalusan seni ukiran tradisional berbentuk bunga di setiap hujung bumbung bangunannya.[2]

Ia menawarkan keluaran barangan batik dari batik lukis, baju kaftan, batik sarung, batik cop, batik sutera dan batik terap. Ia turut menawarkan batik kontemporari yang boleh disuaipadan mengikut cita rasa fesyen semasa.[3]

Kompleks Kraf Noor Arfa dibina menurut reka bentuk tradisional Terengganu. Ia merupakan sebuah lokasi yang boleh dilawati untuk mengenali dan melihat dengan lebih dekat lagi keindahan dan keunikan seni batik di Malaysia. Ia turut menawarkan pembelian secara borong batik-batik di sini. Terdapat juga kraftangan lain yang dipamerkan di sini seperti anyaman, ukiran kaca dan wau. Noor Arfa Batik pula yang tercatat dalam buku Malaysian Book of Records sebagai pengeluar batik terbesar di negara ini.[4]

Tidak jauh dari Kompleks Kraf Noor Arfa juga terletak Pusat Budaya Kraf Terengganu.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Noor Arfa Batek bermula dengan bengkel kecil". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-31. Dicapai pada 2018-01-31.
  2. ^ Kompleks Kraf Noor Arfa.
  3. ^ "Kompleks Kraf Noor Arfa". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-02-01. Dicapai pada 2018-01-31.
  4. ^ "Pusat Budaya Kraf Terengganu". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-31. Dicapai pada 2018-01-31.