Kontroversi pembakaran al-Quran 2010

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tunjuk perasaan membantah rancangan pembakaran al-Quran di India.

Kontroversi pembakaran al-Quran 2010 dibangkitkan apabila pastor Terry Jones dari gereja Kristian kecil Dove World Outreach Center di Gainesville, Florida, Amerika Syarikat, merancang untuk membakar al-Quran sempena ulang tahun kesembilan Serangan 11 September, yang mana dia menggelarkannya Hari Membakar Al-Quran Antarabangsa. Upacara kontroversi yang dirancang itu dikutuk sekeras-kerasnya oleh para pemimpin, ahli politik serta pemimpin agama di seluruh dunia. Jones kemudiannya mengisytiharkan pembatalan upacara tersebut serta mengumumkan hasratnya untuk terbang ke New York untuk bertemu dengan imam Park51, Feisal Abdul Rauf.[1]

Dia kemudian menyatakan bahawa upacara pembakaran tersebut digantung dan bukan dibatalkan.[2] Walau bagaimanapun, pada 11 September 2010, dia berkata "Kami sememangnya tidak akan membakar al-Quran... Bukan hari ini, dan tidak sekali kali."[3]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Dove World Outreach Center, di mana upacara membakar al-Quran hendak diadakan, merupakan sebuah jemaah kecil di Gainesville, Florida, dengan bilangan jemaah seramai lebih kurang 50 orang. Gereja tersebut diketuai oleh pastor Terry Jones dan isterinya, Sylvia. Gereja tersebut menjadi terkenal pada lewat 2000an kerana mesej berbaur sentimen anti-Islam serta anti-homoseksual. Pada tahun 2009, Dove World menanam papan tanda di lamannya yang tertulis "Islam adalah bawaan Syaitan".[4] Ahli jemaan gereja berkenaan juga telah menghantar anak-anak mereka memasuki tahun baharu persekolahan mereka dengan baju T tertulis "Jesus answered I am the way and the truth and the life; no one goes to the Father except through me. I stand in trust with Dove Outreach Center." di bahagian hadapan serta "Islam is of the Devil" di bahagian belakang.[5]

Tindakan terhadap Dove World Outreach Center[sunting | sunting sumber]

Jabatan Bomba Gainesville enggan memberikan permit pembakaran kepada gereja berkenaan, dengan mengatakan pembakaran terbuka buku-buku (termasuklah kitab suci al-Quran) tidak dibenarkan di bandar berkenaan berikutan ancaman kebakaran.[6] Sungguhpun demikian, gereja tersebut tetap mahu meneruskan upacara berkenaan meskipun berdepan dengan tindakan denda.[7]

Sejak pengumuman berkenaan, bank yang telah memberikan pinjaman amanah sejumlah AS$140,000 menuntut pembayaran semula baki pinjaman amanah berkenaan dengan serta-merta manakala syarikat insurans telah membatalkan insurans harta Jones.[8] Papan tanda serta lambang salib akrilik gereja berkenaan telah rosak akibat dilontar dengan batu.[9]

Pada 8 September 2010, Rackspace, penyedia perkhidmatan hos laman web Dove World Outreach, memutuskan laman berkenaan, dengan mengatakan bahawa gereja tersebut telah mencabuli syarat serta polisi penggunaannya.[10] Seorang jurucakap Rackspace memberitahu media bahawa penutupan laman berkenaan bukanlah "isu perlembagaan" tetapi merupakan "isu kontrak"." [11]

Ugutan bunuh[sunting | sunting sumber]

Terry Jones pernah berkata bahawa dia berharap upacara berkenaan tidak membawa kepada keganasan. Dia berkata dia sering menerima ugutan bunuh sejak pengumuman upacara tersebut.[8] Evan Kohlmann dari Flashpoint Global Partners, firma yang "menjejak laman web militan radikal," mengatakan bahawa seorang pengebom berani mati mengancam untuk memandu sebuah lori untuk merempuh gereja berkenaan sementara yang lainnya memutuskan untuk membakar bangunan gereja berkenaan, walaupun ia tidak diketahui sama ada keputusan tersebut adalah serius atau tidak. Wall Street Journal memetik seorang individu yang menggelarkan dirinya Abu Dujanah dari sebuah laman web jihad, "Sekarang, aku ingin mengebom diriku di dalam gereja ini sebagai membalas dendam demi firman Allah... Dan di sini aku mndaftarkan namaku sebagai seorang yang ingin mati syahid."[12]

Semasa ancaman bunuh yang ditujukan kepada Jones dikirimkan ke The Gainesville Sun melalui sepucuk surat dari Johnstown, Pa.,[13] Persatuan Muslim Amerika bagi Amerika Utara menghantar penyata yang ditandatangani 15 orang imam termasuklah Ahmed Al Mehdawi dari Pusat Islam Gainesville mengutuk ancaman bunuh berkenaan.[14] Semasa lawatan Jones ke New York pada 11 September, Pesuruhjaya Polis Ray Kelly berkata bahawa pilah polis merancang untuk "memerhatikannya" bagi menjamin keselamatannya.[15]

Pembatalan[sunting | sunting sumber]

Pada hari Khamis, 9 September 2010, Jones mengumumkan bahawa upacara tersebut dibatalkan, serta merancang untuk terbang ke New York untuk bertemu dengan Imam Park51, Feisal Abdul Rauf.[1] Semasa dalam temu ramah pada pagi 11 Septembar, hari sepatutnya berlangsung protes, dia berkata, "Kami sememangnya tidak akan membakar al-Quran... Bukan hari ini, dan tidak sekali kali."[15] Sungguhpun upacara tersebut dibatalkan, penentang yang datang dari kedua-dua belah pihak cuba menyertai perhimpunan, tetapi kawasan tersebut telah dikerumuni anggota polis. Sesetengah kenderaan beredar, manakala polis turut merampas kitab al-Quran serta pemetik api daripada seorang pelawat dari Atlanta yang cuba membakar kitab suci al-Quran.[9]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 Gonzalez, Antonio. "Pastor nixes Quran-burning, claims NYC mosque deal", Yahoo!, September 9, 2010. Dicapai pada 10 September 2010. Diarkibkan drpd. yang asli di 11 September 2010. 
  2. Gonzalez, Antonio. "Afghans protest, Fla. pastor plans to meet NY imam", Yahoo!, September 10, 2010. Dicapai pada 10 September 2010. Diarkibkan drpd. yang asli di 9 September 2010. 
  3. "Florida pastor calls off Quran burning", CNN, September 11, 2010. Dicapai pada 11 September 2010. 
  4. Lise Fisher & Karen Voyles (July 8, 2009). "Anti-Islam church sign stirs up community outrage". Gainesville.com. http://www.gainesville.com/article/20090708/ARTICLES/907081008. 
  5. Christopher Curry (August 26, 2009). "'Devil' shirts send kids home". Gainesville.com. http://www.gainesville.com/article/20090826/ARTICLES/908261007. 
  6. "Lex Weekly". Lex Appeal. August 23, 2010. http://lexappeal.org/post/1000243524/lex-weekly-for-august-23-2010-16-minutes-the. 
  7. Chad Smith (August 18, 2010). "Gainesville denies Dove World a permit to burn Quran". Gainesville Sun. http://www.gainesville.com/article/20100818/ARTICLES/100819384/1118?Title=Gainesville-denies-Dove-World-a-permit-to-burn-Quran. 
  8. 8.0 8.1 Cave, Damien. "Far From Ground Zero, Obscure Pastor Is Ignored No Longer", New York Times, 2010-08-25. 
  9. 9.0 9.1 "No Koran burning but activists gather". 2010-09-12. http://bigpondnews.com/articles/World/2010/09/12/No_Koran_burning_but_activists_gather_512077.html.  (this report was also carried on AFP via Yahoo News)
  10. CNN Wire Staff. "Vatican: Quran burning 'outrageous'", CNN, September 9, 2010. Dicapai pada September 9, 2010. 
  11. Deleon, Nicholas (September 9, 2010). "Rackspace Pulls The Plug On ‘Burn A Koran Day’ Church’s Web Site". Crunchgear.com. http://www.crunchgear.com/2010/09/09/rackspace-pulls-the-plug-on-%E2%80%98burn-a-koran-day%E2%80%99-churchs-web-site/. Capaian September 9, 2010. 
  12. "International Protests Begin Ahead of Sept. 11 Koran Burning Event in Florida". FoxNews.com. August 27, 2010. http://www.foxnews.com/world/2010/08/27/international-protests-begin-ahead-sept-koran-burning-event-florida/. 
  13. Chad Smith (September 1, 2010). "Letter says assassins plan to kill Dove World pastor". The Gainesville Sun. http://www.gainesville.com/article/20100901/ARTICLES/9011007/1002. 
  14. Chad Smith (September 1, 2010). "Blog: Muslim groups condemn threats against Dove World". The Gainesville Sun. http://www.gainesville.com/article/20100901/ARTICLES/100909964/1109/sports. 
  15. 15.0 15.1 CNN wire staff (2010-09-11). "Florida pastor calls off Quran burning". http://edition.cnn.com/2010/US/09/11/new.york.jones/index.html?hpt=T1. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]