Konvensyen Antarabangsa Untuk Keselamatan di Laut

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Konvensyen Antarabangsa untuk Keselamatan di Laut (Bahasa Inggeris: International Convention for Safety of Life at Sea) atau SOLAS, merupakan perjanjian terpenting yang melindungi keselamatan kapal dagang. Versi pertama perjanjian ini diluluskan pada tahun 1914 selepas tragedi RMS Titanic. Ia menentukan jumlah bot keselamatan dan alat kecemasan yang lain serta prosedur keselamatan, termasuk pemerhatian radio yang berterusan.

Pemindaan telah dibuat pada tahun 1929, 1948, 1960, dan 1974. Konvensyen tahun 1960 — yang dikuatkuasakan pada tahun 1965 — merupakan satu pencapaian besar Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) selepas penubuhannya dan mewakili kemajuan besar dalam pembaharuan peraturan perkapalan dan penggunaan teknologi dan prosedur terkini dalam industri. Pemindaan pada tahun 1974 telah meringkaskan proses pemindaan perjanjian tersebut. Beberapa pemindaan penting telah dibuat kemudiannya. Contohnya, pemindaan pada tahun 1988 yang berdasarkan pemindaan Peraturan Radio Antarabangsa pada tahun 1987, telah menggantikan Kod Morse dengan Global Maritime Distress Safety System (GMDSS) yang dikuatkuasakan sepenuhnya bermula 1 Februari 1992. Gambaran isu-isu yang tertakluk dalam perjanjian ini boleh dilihat di dalam senarai di bawah.

Pemindaan berkala penting agar konvensyen ini sentiasa dikemaskini, tetapi prosedur untuk perlaksanaan pemindaan ini berjalan dengan perlahan; ia mengambil masa beberapa tahun untuk pemindaan dikuatkuasakan kerana negara-negara perlu memberi notis penerimaan kepada IMO. Jadi konvensyen terakhir pada tahun 1974 memasukkan prosedur "persetujuan tersirat" dimana pemindaan berkuatkuasa secara langsung melainkan negara-negara memfailkan bantahan.

SOLAS membahagikan perairan antarabangsa kepada rantau-rantau; rujuk peta di atlas lautan IMO. Juga, rujuk status rantau-rantau ini bersama dengan penerangan teknikal. Juga, rujuk senarai topik-topik SAR.

Bahagian perjanjian[sunting | sunting sumber]

Konvensyen Antarabangsa untuk Keselamatan di Laut (SOLAS), 1974

  • Bab I - Peruntukan Am
  • Bab II-1 - Pembinaan - Subbahagian dan kestabilan, pemasangan mesin dan elektrik
  • Bab II-2 - Perlindungan api, pengesanan api dan pemadaman api
  • Bab III - Alatan dan pengaturan keselamatan
  • Bab IV - Telekomunikasi Radio
  • Bab V - Keselamatan pengemudian
  • Bab VI - Muatan barang
  • Bab VII - Muatan barang berbahaya
  • Bab VIII - Kapal Nuklear
  • Bab IX - Pengurusan operasi kapal yang selamat
  • Bab X - Pendekatan keselamatan untuk kapal laju
  • Bab XI-1 - Pendekatan istimewa untuk memantapkan keselamatan maritim
  • Bab XI-2 - Pedekatan istimewa untuk memantapkan keselamatan maritim
  • Bab XII - Pendekatan keselamatan tambahan untuk kapal kargo pukal

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]