Pertubuhan Maritim Antarabangsa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Small Flag of the United Nations ZP.svg   Pertubuhan Maritim Antarabangsa
International Maritime Organization
 
Flag of the International Maritime Organization.svg
Bendera IMO
Jenis Agensi PBB
Acronyms IMO
Ketua Greece Efthimios E. Mitropoulos
Status aktif
Penubuhan 1959
Ibu pejabat United Kingdom London, United Kingdom
Laman web www.imo.org
Portal Portal:United Nations Portal PBB
Sebelumnya dikenali sebagai Pertubuhan Penasihat Maritim Antara Kerajaan (Inter-Governmental Maritime Consultive Organization)
Keanggotaan dalam Pertubuhan Maritim Antarabangsa ██ Negara ahli ██ Ahli bersekutu ██ Calon ahli
Ibu Pejabat IMO di London, United Kingdom.

Pertubuhan Maritim Antarabangsa (Bahasa Inggeris: International Maritime Organization) (IMO), sebelumnya dikenali sebagai Pertubuhan Penasihat Maritim Antara Kerajaan (Inter-Governmental Maritime Consultive Organization) telah ditubuhkan di Geneva pada tahun 1948,[1] dan mesyuarat pertamanya diadakan pada tahun 1959. Nama IMCO diubah kepada IMO pada tahun 1982.[2]

Beribu pejabat di London, United Kingdom, IMO merupakan sebuah agensi khusus PBB dengan 168 negara ahli dan 3 ahli bersekutu.[2] Tujuan utama penubuhan IMO ialah untuk membangun dan mendukung rangka kerja kawal selia yang komprehensif untuk perkapalan dan antara bidang kuasanya hari ini termasuk isu keselamatan, kesedaran alam sekitar, hal ehwal undang-undang, kerjasama teknikal, keselamatan maritim dan kecekapan perkapalan. IMO ditadbir oleh satu badan perhimpunan dan diuruskan pembiayaannya oleh sebuah majlis yang dipilih dari badan perhimpunan. Pertubuhan lain dalam PBB boleh menjadi pemerhati kepada perjalanan IMO, dan status pemerhati juga diberi kepada pertubuhan bukan kerajaan yang layak. IMO disokong oleh sebuah sekretariat tetap pekerja-pekerja yang merupakan perwakilan kepada ahli-ahlinya. Sekretariat ini terdiri daripada seorang Setiausaha Agung yang dipilih oleh badan perhimpunan, dan beberapa bahagian seperti yang berkaitan dengan keselamatan marin, perlindungan alam sekitar, dan sebuah seksyen persidangan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

IMCO (nama lama) dibentuk untuk memenuhi keperluan untuk satu peraturan keselamatan perkapalan dalam satu kawal selia antarabangsa, yang peluangnya terbuka selepas pembentukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Sehingga kini, konvensyen-konvensyen yang diadakan satu persatu telah membuka jalan ke arah persetujuan seperti antara yang terkenal, Konvensyen Antarabangsa Untuk Keselamatan di Laut yang mula diadakan pada tahun 1914 selepas tragedi Titanic.[2] Tugas pertama IMCO adalah untuk mengemaskini konvensyen ini; menyaksikan konvensyen tahun 1960 diadakan semula dan dikemaskini pada tahun 1974. Pemindaan dan pengemaskinian konvensyen adalah penting untuk menyesuaikannya dengan perubahan keperluan keselamatan dan teknologi.

Apabila IMCO memulakan operasinya pada tahun 1958, beberapa instrumen berkaitan maritim yang sedia ada telah diletakkan di bawah bidang kuasanya, contoh terkenal adalah Konvensyen Untuk Pencegahan Pencemaran Laut Oleh Minyak (Convention for the Prevention of Pollution of the Sea by Oil) (OILPOL) 1954. Selepas ditukar nama menjadi IMO pada tahun 1982, ia meneruskan peranannya mengeluarkan instrumen terkini dan dikemas kini yang meliputi pelbagai isu maritim tidak hanya tertumpu kepada keselamatan dan pencemaran, tetapi juga kepada isu seperti pengemudian selamat, mencari dan menyelamat, pemindahan bangkai kapal, pengiraan tanan, liabiliti dan pampasan, kitar semula kapal, latihan dan pensijilan pelaut, dan pelanunan. Terbaru, SOLAS telah dipinda untuk memberi perhatian yang lebih kepada keselamatan maritim melalui Kod Keselamatan Kapal dan Kemudahan Pelabuhan Antarabangsa (International Ship and Port Facility Security Code) (ISPS), sementara IMO memberi perhatian lebih kepada pembebasan bahan pencemaran dari kapal.

Instrumen perundangan[sunting | sunting sumber]

IMO adalah sumber kepada lebih kurang 60 instrumen perundangan yang memberi panduan kepada pembangunan peraturan bagi negara ahlinya untuk menambahbaik keselamatan di laut, memudahkan perdagangan antara pelaut negara ahli, dan melindungi persekitaran maritim. Antara yang paling terkenal ialah Konvensyen Antarabangsa Untuk Keselamatan di Laut (SOLAS).

IMO kerap menggubal peraturan-peraturan baru, yang kemudiannya dikuatkuasakan dengan meluas oleh pihak berkuasa kebangsaan dan tempatan negara ahli, seperti Peraturan Antarabangsa Untuk Pencegahan Perlanggaran di Laut (International Regulations for Preventing Collisions at Sea) (COLREG). IMO juga menggubal satu peraturan pihak berkuasa Kawalan Negara Pelabuhan (Port State Control) (PSC), yang membolehkan pihak berkuasa maritim domestik seperti pengawal pantai memeriksa kapal dengan bendera asing di pelabuhan. Memorandum Persefahaman (protokol) telah ditandatangani oleh beberapa negara untuk penguatkuasaan PSC di dalam negara-negara tersebut.

Isu semasa[sunting | sunting sumber]

Inisiatif terbaru oleh IMO adalah meminda SOLAS, dengan menambah baik piawaian perlindungan api untuk kapal penumpang, Konvensyen Antarabangsa Piawaian Latihan, Pensijilan dan Pengawasan Untuk Pelaut, yang menetapkan keperluan asas untuk latihan, pensijilan dan pengawasan untuk pelaut, dan Konvensyen Pencegahan Pencemaran Maritim (MARPOL 73/78), yang menetapkan badan kapal berkembar untuk semua kapal tangki.

Pada bulan Disembar 2002, pemindaan terbaru dibuat ke atas Konvensyen SOLAS 1974. Pemindaan ini telah menghasilkan Kod Keselamatan Kapal dan Kemudahan Pelabuhan (ISPS) yang dikuatkuasakan sepenuhnya pada 1 Julai 2004. Kod ini bertujuan untuk mencegah penyeludupan, keganasan, pelanunan dan sebagainya. Kod ISPS mewajibkan setiap kapal dan kemudahan pelabuhan yang terlibat dalam perdagangan antarabangsa untuk membentuk dan mengekalkan prosedur keselamatan yang ketat seperti yang digariskan dalam Pelan Keselamatan Kapal (Ship Security Plans) dan Pelan Keselamatan Kemudahan Pelabuhan (Port Facility Security Plans).

IMO juga bertanggungjawab untuk menerbitkan Kod Isyarat Antarabangsa yang digunakan oleh kapal dagang dan kapal tentera laut.

Mesyuarat antara sesi pertama bagi kumpulan kerja IMO untuk pembebasan gas rumah hijau dari kapal telah diadakan di Oslo, Norway (23-27 June, 2008), yang diberi tugas untuk membentuk asas teknikal bagi mekanisme pengurangan yang bakal membentuk sebahagian dari aturan masa depan IMO untuk mengawal pembebasan gas rumah hijau dari perkapalan antarabangsa, dan satu draf mekanisme pengurangan yang sebenar untuk pertimbangan Jawatankuasa Perlindungan Alam Sekitar (Marine Environment Protection Committee) (MEPC) IMO.[3]

IMO juga bertindak sebagai rakan penting dalam usaha antarabangsa dan antara agensi kerajaan Amerika Syarikat untuk membentuk Kesedaran Domain Maritim (Maritime Domain Awareness)

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota dan rujukan[sunting | sunting sumber]

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]