Konvokesyen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Majlis penyampaian ijazah di Universiti Cardiff
Majlis penyampaian ijazah di Universiti Oxford
Balingan topi ke udara pada upacara penyampaian ijazah di Akademi Tentera Laut AS

Konvokesyen (atau majlis penyampaian ijazah) merupakan tindakan penerimaan atau penganugerahan ijazah akademik dari universiti atau upacara sedemikian. Perkataan "konvokesyen" berasal dari perkataan bahasa Inggeris convocation yang tidak semestinya sama maksudnya (maksud asal convocation ialah "sekumpulan orang yang dihimpunkan untuk tujuan khas"). Di Amerika Syarikat dan Kanada, konvokesyen turut diadakan di peringkat sekolah dan kolej. Terdapat banyak tradisi yang berkait dengan upacara penyampain ijazah ini, yang paling terkenal kemungkinannya ialah lontaran topi siswazah ke udara.

Di kebanyakan universiti yang besar di Amerika Syarikat, di mana ratusan siswazah akan menerima ijazah sekaligus, biasanya terdapat satu majlis utama (di stadium atau tempat lain) yang diikuti dengan majlis-majlis yang lebih kecil di kampus. Upacara kecil ini dianjurkan oleh setiap fakulti dan merupakan upacara sebenar penganugerahan ijazah. Di tempat-tempat lain, cuma satu majlis diadakan, di satu tempat di kampus, tetapi dibahagikan kepada beberapa sesi di sepanjang hujung minggu. Ada juga universiti yang melangsungkan konvokesyen lebih dari sekali setahun.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]