Kor Polis Tentera Diraja

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kor Polis Tentera DiRaja)
Lompat ke: pandu arah, cari
Kor Polis Tentera DiRaja
Kor Polis Tentera DiRaja.gif
Kor Polis Tentera DiRaja Malaysia
Aktif
Negara Malaysia
Cawangan Tentera Darat Malaysia


Kor Polis Tentera Diraja adalah sebuah badan yang menjaga dan memelihara undang-undang Angkatan Tentera Malaysia. Walaupun di bawah cabang Tentera Darat Malaysia, tugasnya meliputi ketiga-tiga cabang ATM. Ketua Bagi Kor Polis Tentera ialah Brigedier Jenderal. Setiap cabang ATM ada polis sendiri. PDRM bertindak sebagai sebuah badan yang menjaga dan memelihara undang-undang awam, sementara Polis Tentera untuk tentera sahaja.

Setiap Briged TDM terdapat 1 Kampeni KPTD. Terdapat pecahan dalam Polis Tentera antaranya Cawangan siasatan jenayah, Cawangan PARA, Cawangan latih, Cawangan Pusat Tahanan, Polis Askar Wataniah. Polis Tentera Laut, Polis Tentera Udara. Tugas CSJ adalah menyiasat dan mengawal salah laku anggota tentera. Tugas Cawangan PARA ialah menjaga, mengawal tatatertib anggota tentera untuk komando dan briged para sahaja. Tugas cawangan latih ialah melatih anggota dan pegawai tentera untuk diserapkan menjadi polis tentera. Tugas cawangan pusat tahanan ialah membaik pulih dan imej anggota dan pegawai tentera yang dikenakan tahanan di penjara. Tugas Polis Askar Wataniah ialah menjaga, memelihara Pegawai dan anggota simpanan sahaja.

Tidak meliputi Pasukan tetap. Tugas Polis Tentera Laut ialah badan yang menjaga dan memelihara undang undang Tentera Laut Diraja Malaysia. Tugasnya tidak meliputi TDM dan TUDM. Tugas Polis Tentera Udara ialah badan yang menjaga dan memelihara undang undang Tentera Udara sahaja. Tidak meliputi TDM dan TLDM

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kor Polis Tentera Diraja telah ditubuhkan pada 12 November 1953 dan dikenali sebagai Polis Tentera Persekutuan dan diletakkan dibawah pemerintahan dan Pentadbiran Royal Military Police, British Army. Pasukan kecil ini ditugaskan khas untuk menyelenggarakan tatatertib Tentera Darat sahaja. Dewasa ini Kor Polis Tentera Diraja telah berkembang dan memainkan peranan penting meliputi ketiga-tiga cabang perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia, bertanggungjawab terhadap undang-undang, peraturan-peraturan dan perintah-perintah tentera. Kecekapan Kor ini adalah selaras dengan cogankatanya "SEDIA BERKHIDMAT".

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.