Kuda Penarik Ireland

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Irish Draught

Kuda penarik Ireland jantan
Ciri-ciri unggul: Berdarah suam, kuat
Negara asal: Ireland
Kuda (Equus ferus caballus)

Kuda Penarik Ireland (bahasa Inggeris: Irish Draught) merupakan baka kuda kebangsaan Ireland yang dicipta khusus untuk kegunaan pertanian. Kini, ianya digemari ramai khususnya untuk pengacukan dengan Belima dan lain-lain kuda berdarah suam, maka terciptanya Kuda Sukan Ireland yang paling cemerlang dalam sukan eventing dan show jumping yang tertinggi.

Kuda Penarik Ireland merupakan kuda yang aktif, kuat dan tirus tulang keringnya. Ia berperawakan megah, tebal di pinggangnya dan kuat di belakang dan suku-sukunya. Berdiri membayangi tanah yang banyak, resam badannya sangat kuat dan kukuh. Sifatnya pintar dan lemah-lembut, malah terkenal kerana kejinakan dan kepekaannya. Yang jantan tingginya 15.3 ke 16.3 tangan (63 ke 67 inci, 160 ke 170 cm), sementara yang betina pula 15.1 ke 16.1 tangan (61 ke 65 inci, 155 ke 165 cm). Warna bulunya adalah sebarang warna padu, dan seharusnya tidak terdapat bintik-bintik putih di atas paras lutut atau keting.

Rujukan[sunting | sunting sumber]