Kumpulan Masa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Scarecrow (MASA)
[[File:
Album Masa Scarecrow 1989.jpg
|frameless|alt=|]]
Latar belakang
Berasal dari Malaysia Malaysia
Genre Rock
Pekerjaan Vokal / Pemuzik
Kegiatan berkait Berkumpulan
Ahli
(Zul) Zulkifli Mat Amin
Roslan
Madi
Saiful


Kumpulan Scarecrow (MASA) merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu yang mula dikenali semenjak tahun 1988.

Kumpulan Masa Scarecrow mulai dikenali ramai setelah menyertai Kumpulan Muzik Tenggara dan Pesta Hiburan Kingsway pada tahun 1988. Pada awal penubuhannya di Kuantan, Pahang (asal anggota kumpulan ini) nama asalnya adalah Scarecrow.

Memandangkan pada masa tersebut kerajaan melalui RTM menggalakkan penggunaan nama dalam Bahasa Melayu, kumpulan ini telah menukarkannya kepada nama MASA Scarecrow. Sebelum merakamkan album pertama kumpulan ini terlebih dahulu menimba pengalaman bermain muzik disekitar Kuantan.

Zulkifli Mat Amin yang lebih dikenali sebagai Zul, Vokalis kumpulan ini merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Alor Akar Kuantan mengasah bakatnya ketika belajar dan tinggal diasrama sekolah ini. Pada masa tersebut beliau sering mengadakan latihan bersama-sama rakannya iaitu Ali, Azam. Mubin, Remi, Ajak, Alim, Ayie dan Duan pada sekitar pertengahan 80-an. Namun, ramai antara rakan selatihannya telah berjaya melanjutkan pelajaran diperingkat tinggi dan tidak membabitkan secara aktif dalam dunia muzik.

Pada 1991, lagu 'Patahnya Sayap Malam' ciptaan Awang BPR merupakan lagu finalis Juara Lagu pada tahun tersebut. Lagu ini masih lagi diminati sehingga hari ini. Kumpulan ini hanya tinggal nama memandangkan 2 anggotanya iaitu Zul (vokalis) dan Roslan (gitaris) telah pun meninggal dunia dalam 2 tragedi yang berasingan.

Ahli-ahli[sunting | sunting sumber]

  • (Zul) Zukkifli Mat Amin-Vokalis
  • Lan-Gitar
  • Mazwan-Gitar
  • Madi-Bass Gitar
  • (E'Poll) Saiful-Dram

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album[sunting | sunting sumber]

Lagu-lagu[sunting | sunting sumber]

  1. Amanda Gadisku
  2. Patahnya sayap malam
  3. Persandingan abadi
  4. Nur

Pautan luar[sunting | sunting sumber]