Seremban

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar

Untuk daerah Seremban, sila lihat Seremban (daerah).

Seremban
سرمبن
Skyline of Seremban
Fail:Majlis perbandaran seremban logo.png
Seal
Koordinat: 2°43′N 101°57′E / 2.717°N 101.95°E / 2.717; 101.95
Negara Malaysia
Negeri Negeri Sembilan
Dibangunkan 1840
Diiktiraf status perbandaran 1979
Kerajaan
 - Ditadbir oleh Majlis Perbandaran Seremban
 - Yang diPertua Dato' Haji Abd. Halim bin Haji Abd. Latif[1]
Ketinggian 259 ka (79 m)
Kepadatan (2008)[2]
 - Total 405,674 (13th)
Zon masa MST (UTC+8)
 - Musim panas (DST) Tidak dipantau (UTC)
Laman web: http://www.mpsns.gov.my

Seremban ialah ibu negeri Negeri Sembilan, yang terletak dalam daerah Seremban, salah satu daripada tujuh daerah di Negeri Sembilan. Pentadbiran bandar dijalankan oleh Majlis Perbandaran Seremban.

Isi kandungan

[sunting] Sejarah

Seremban mula dibangunkan ketika penemuan bijih timah pada 1870-an sama seperti bandar-bandar besar lain di Semenanjung Malaysia. Penemuan bijih timah di kawasan berdekatan iaitu Rasah menunjukkan kedatangan imigran Arab, Melayu dan Cina untuk bekerja di lombong ini dan berniaga. Penduduk Melayu tempatan kebanyakannya bekerja sebagai petani dan keberatan untuk menempuhi cabaran-cabaran baru.

Seremban yang awalnya dikenali sebagai Sungai Ujong membangun bukan sahaja sebagai kawasan perlombongan tetapi juga pusat perniagaan. Sungai Linggi merupakan satu-satunya laluan keluar untuk mengangkut bijih dan bekalan keluar dan masuk bandar. Pendapatan tidak hanya datang dari dagangan bijih timah tetapi juga dari kutipan cukai yang banyak yang tidak disukai para pedagang dan kolonial British di pelabuhan terdekat iaitu di Melaka.

Pembesar tempatan, Dato’ Kelana dan Dato’ Shahbandar di Sungai Ujong berebut akan hak memungut cukai dan ketuanan dan penguasaan lombong-lombong tersebut. Kesengketaan tersebut membuka peluang kepada pengaruh Britih di Negeri Sembilan. Britih memihak kepada Dato’ Kelana setelah dijemput dan mengalahkan angkatan Dato’ Bandar yang kemudiannya dibuang ke Singapura. Sebagai tanda penghargaan kepada British yang telah membantu beliau menang dalam peperangan tersebut, Dato’ Kelana tiada pilihan lain selain menerima Residen British yang menjadi penasihatnya yang tidak berkaitan agama dan adat Melayu.

Captain Murray dilantik sebagai residen pertama dan kemudian tinggal di Channer Road, yang kini dinamakan Jalan Dato' Siamang Gagap. Sejurus selapas itu, penduduk Rasah mula berpindah berdekatan Channer Road bagi menjamin keselamatan dan pentadbiran yang teratur.[3]

[sunting] Geografi

Istana Ampang Tinggi Seremban

Seremban terletak dalam 30 kilometer ke darat. Ia terletak dalam lembah Sungai Linggi, di kaki bukit Banjaran Titiwangsa. Rupa buminya secara umumnya berbukit-bukit, dan tanahnya adalah tanah laterit merah, sesuai untuk peladangan getah dan kelapa sawit, dengan itu menjadikan Seremban sebagai pusat pertanian di Negeri Sembilan. Sejak pembinaan Seremban, Sungai Linggi memainkan peranan penting dalam pembangunan bandar ini. Ketika perlombongan bijih timah besar-besaran, Sungai Linggi merupakan jalan pengangkutan utama untuk pedagang bijih timah. Kini, ia merupakan sumber air utama di Seremban dan Negeri Sembilan.

[sunting] Cuaca

Iklim Seremban adalah seperti juga di kebanyakkan tempat di Malaysia Barat secara umumnya panas dan lembab sepanjang tahun dengan suhu min dalam 27-30 darjah celcius. Hujan turun kebanyakannya pada perubahan monsoon April dan Oktober. Cuaca kekal kering pada bulan-bulan lain dengan sekali-sekala hujan[perlu rujukan]

[sunting] Rujukan

[sunting] Pautan luar

Commons-logo.svg
Wikimedia Commons mempunyai media mengenai:


Koordinat: 2°43′N 101°57′E / 2.717°N 101.95°E / 2.717; 101.95