Kumpulan Success

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Success
Latar belakang
Berasal dari Malaysia Malaysia
Pekerjaan Vokal / Pemuzik
Tahun aktif 1995 - 2000
Kegiatan berkait Berkumpulan
Laman web http://www.liriklagu.com/liriklagu_s/Success.html
Bekas ahli
Ax Rock


Kumpulan Success merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu.

Kumpulan Success popular di tahun 1995-1999, seangkatan dengan kumpulan Arrow, EYE, Scoin, Screen dan Sting. [1]

Albumn pertama mereka adalah album 'Imbuhan', mereka mula mendapat semakin banyak perhatiang dengan album mereka iaitu 'Mantap Menyegat'. Dengan setiap kali album baru muncul, pastinya para peminat menantikan sesuatu yang terbaru dan istimewa berbanding album sebelumnya. Kekuatan lagu dan imej penyanyi menjadi lonjakan utama kepada mereka untuk dikenali.

Album ketiga mereka, "Kerana Cinta Kuturutkan" dipasarkan selepas hari raya penyanyi disampaian oleh penyanyi kumpulan Success, Aju. Album ketiga ini diterbitkan oleh Lan Laga dan Success ini telah menunjukkan beberapa peningkatan dari segi susunan lagu dan juga telah menguji kebolehan anggota Success. Album ini cukup istimewa kerana pembabitan Success sebagai penerbit bersama dan turut menyumbangkan beberapa buah lagu dan lirik. Selain itu, mereka juga tidak menggunakan pemuzik iringan untuk rakaman muzik album ini malah bermain alat muzik sendiri.

Serentak dengan pelancaran album ketiga mereka ini, kumpulan Success turut melancarkan Kelab Peminat Success. Kelab peminat ini baru sahaja ditubuhkan dan mereka telah mendapat lebih 100 ahli yang mendaftar.

Aju kemudiannya menyertai kumpulan AxRock.

Ahli-ahli[sunting | sunting sumber]

  • Aju (penyanyi)

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album[sunting | sunting sumber]

  • Imbuhan (1995)
  • Mantap Menyengat (1997)
  • Kerana Cinta Kuturutkan (1998)
  • Success (2000)

Lagu-lagu[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]