Kusu tanah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Seekor kusu tanah di Tasmania, Australia

Kusu tanah[1] atau medar (Mlk., Aru turunan cabang tengah timur akar Proto-Melayu-Polinesia *mansar atau *mansər[2][3]:110-1) ialah haiwan marsupial yang termasuk dalam ordo Peramelemorphia. Ia bermuncung runcing dan berkaki belakang yang panjang untuk melompat. Haiwan tanah ini terdiri daripada sekitar 20 spesies yang berukuran kecil hingga sedang. Kusu tanah banyak terdapat di kawasan Papua hingga Australia, sampai termasuk kepulauan Bismarck di sebelah timur dan Pulau Seram dan Halmahera di sebelah barat. Di Papua, salah satu spesies yang dapat ditemukan ialah Perorcytes raffrayana.

Karakteristik[sunting | sunting sumber]

Badan kusu tanah sepintas lalu mirip tikus dengan bulu-bulu tipis di bahagian telinganya. Kaki belakang jauh lebih panjang dari kaki depannya sampai mirip kaki kanggaru atau walabi yang membolehkannya menjangkang, berlari, dan melompat.[4] Tungkai kaki depan yang pendek bercakar tiga untuk menggali umbi-umbian bawah tanah; hal ini mendatangkan ancaman kepada para petani ubi jalar dan ubi kayu di Papua yang menganggapnya haiwan perosak.[1] Ia juga makan serangga dan biji sawi yang jatuh di perkebunan kelapa sawit.[1]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Suroto, Hari (12 Disember 2020). "Bandikut, Tikus Babi Musuh Petani di Papua". detikcom. Dicapai pada 7 Julai 2022.
  2. ^ Lihat:
    • Blust, Robert; Trussel, Stephen (2010). "*mansar bandicoot, marsupial 'rat'". Austronesian Comparative Dictionary. Max Planck Institute for Evolutionary Anthropology. Dicapai pada 8 November 2022.
    • Blust, Robert; Trussel, Stephen (2010). "*mansər bandicoot, marsupial 'rat'". Austronesian Comparative Dictionary. Max Planck Institute for Evolutionary Anthropology. Dicapai pada 8 November 2022.
  3. ^ Blust, Robert (2002). "The History of Faunal Terms in Austronesian Languages". Oceanic Linguistics. Universiti Hawai'i. 41 (1): 89–139. doi:10.2307/3623329.
  4. ^ "Bandekut, "Tikus Babi" yang Tinggal di Papua". National Geographic. 1 September 2013. Dicapai pada 7 Julai 2022. |editor-first= missing |editor-last= (bantuan)