Serangga

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Serangga
Julat zaman: Devonian Awal[1][2] (tapi lihat teks) – Sekarang
Ikut arah jam dari kiri atas: dancefly (Empis livida), long-nosed weevil (Rhinotia hemistictus), sesorok (Gryllotalpa brachyptera), penyengat Jerman (Vespula germanica), emperor gum moth (Opodiphthera eucalypti), kepinding pembunuh (Harpactorinae)
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Artropoda
Subfilum: Heksapoda
Kelas: Insecta
Subkelas dan kelas
Plumpollen0060.jpg

Serangga ialah benda hidup dari kelompok haiwan Invertebrata, kelas Insecta, yang mempunyai bilangan spesies terbanyak. Di habitan daratan, serangga paling luas tersebar berbanding dengan kelas-kelas yang lain dalam filum Arthropod. Anggaran jumlah keseluruhan spesies kini, termasuk yang belum dikenali oleh sains sekitar dari dua hingga tiga puluh juta, dengan kebanyakan pakar cenderung kepada jumlah pertengahan antara dua jumlah melampau ini. Walaupun telah diketahui hampir satu juta spesies serangga, masih banyak lagi serangga yang belum diketahui dan direkodkan kehadirannya. Tidak dapat dinafikan banyak serangga yang akan pupus, sebelum dapat direkodkan kewujudannya, akibat aktiviti pembangunan hutan yang dilakukan.

Serangga boleh didapati dalam pelbagai habitat di bumi ini, malah anda akan mendapati banyak serangga berkongsi habitat dengan manusia, sama ada di halaman rumah ataupun di dalam rumah. Serangga mempunyai banyak kepentingan sama ada secara langsung maupun tidak langsung terhadap kehidupan manusia di bumi ini.

Kajian mengenai serangga dikenali sebagai entomologi.

Terdapat sekitar 5,000 spesies pepatung (dragonfly), 2,000 mentadak (praying mantis), 20,000 belalang (grasshopper), 170,000 rama-rama dan kupu-kupu, 120,000 lalat, 82,000 pianggang, 350,000 kumbang, dan 110,000 spesies lebah dan semut.

Ciri-ciri utama serangga adalah seperti berikut :-

  • Kaki 3 pasang, yang terdapat di bahagian tubuh toraks.
  • Tubuh terbahagi kepada 3 bahagian, iaitu kepala, toraks dan abdomen.
  • Rangka tubuh terdapat di luar, yang disebut rangka luar, merupakan kulit keras.

Kaitan dengan arthropoda lain[sunting | sunting sumber]

Beberapa kumpulan kecil dengan pelan badan yang sama, seperti springtails (Collembola), disatukan dengan serangga dalam Subfilum Hexapod. Serangga sebenar (iaitu, spesies yang dikelaskan dalam Kelas Serangga (Insecta)) dibezakan dengan semua arthropoda lain melalui sebahagiannya melalui ciri-ciri mempunyai ectognathous, bahagian mulut yang terdedah dan mempunyai sebelas (11) segment badan (abdominal). Sebahagian besar spesies, mempunyai sayap ketika dewasa. Arthropod yang tidak terbang, seperti lipan, gonggok, kalajengking dan labah-labah, kadang-kala dikelirukan sebagai serangga berasaskan fakta bahawa kedua-duanya mempunyai bentuk badan yang serupa, berkongsi (sebagaimana kesemua arthropods) rangka luar (exoskeleton) yang bersambung-sambung.

Morfologi dan tumbesaran[sunting | sunting sumber]

Serangga mempunyai pelbagai saiz, daripada kurang satu milimeter sehingga kepada 19 sentimeter; misalnya (serangga ranting mempunyai saiz tubuh yang sangat panjang. Serangga memiliki badan bersegmen yang disokong oleh rangka luar yang keras yang sebahagian besarnya terbina daripada kitin. Tubuh terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu kepala, toraks, dan abdomen. Kepala memiliki beberapa deria, sepasang antena, sepasang mata kumpuan, dan alat-alat mulut, seperti labrum, labium dan maksila. Toraks memiliki enam kaki, (sepasang bagi setiap segmen) dan sayap (bagi jenis yang mempunyainya). Abdomen memiliki oragn dalam tubuh yang meliputi pelbagai sistem hidup, seperti penghadaman, pembiakan, perkumuhan dan respirasi.

Serangga mempunyai sistem penghadaman yang lengkap. Iaitu dari segi sistem penghadaman mereka secara sasnya mengandungi tiub yang bermula dari mulut sehingga ke dubur, berbeza dengan sistem penghadaman yang tidak lengkap yang terdapat dalam kebanyakan haiwan tidak bertulang belakang (invertebrata) ringkas. Sistem perkumuhan terdiri daripada tubul Malphigi untuk penyingkiran buangan bernitrogen dan usus belakang untuk pengosmokawalaturan. Pada hujung usus belakang serangga mampu menyerap kembali air bersama potassium dan ion sodium. Dengan itu, serangga biasanya tidak menyingkir air bersama-sama najis mereka, fakta yang membenarkan mereka menyimpan air di dalam badan. Proses penyerapan semula ini membolehkan mereka tahan hidup dipersekitaran panas dan kering.

Taksonomi[sunting | sunting sumber]

Pepatung
Pepatung Jarum
Belalang
Belalang Pelesit
Pianggang Hijau
Riang-riang
Bena
Kumbang Badak
Kumbang Kura-kura
Rama-rama Raja Brooke
Kupu-kupu Emperor

Kesemua serangga adalah tergolong dalam phylum Arthropoda iaitu sama phylum dengan lipan, ulat gonggok, kala jengking, labah-labah dan sebagainya. Serangga dibahagikan kepada dua subkelas iaitu Apterygota dan Pterygota. Apterygota ialah serangga yang tidak mempunyai sayap manakala Pterygota adalah serangga bersayap.

Antara class bagi serangga atau insecta ini termasuk:

  • Subclass : Apterygota (serangga tidak bersayap)
  1. Order : Thysanura - Silverfish
  2. Order : Collembola - Springtail
  • Subclass : Pterygota (serangga bersayap)
  1. Order : Odonata
    1. Pepatung / Sibur-sibur (Dragonfly) - Family : Anisoptera
    2. Pepatung jarum (Damselfly) - Family : Zygoptera
  2. Order : Orthoptera
    1. Belalang (Grasshopper) - Family : Acrididae
    2. Belalang pelesit (Katydid) - Family : Tettigoniidae
    3. Cengkerik (Criket) - Family : Gryllidae
    4. Sesorok (Mole cricket) - Family : Gryllotalpidae
  3. Order : Hemiptera
    1. Kesing (Stink bug) - Family : Pentatomidae
    2. Pianggang (Squash bug) - Family : Coriedae
    3. Ayak-ayak (Water strider) - Familt : Gerridae
  4. Order : Homoptera
    1. Riang-riang (Cicada)
    2. Bena perang (Planthopper)
    3. Lelompat daun / Lelompat pokok (Leafhopper)
    4. Afid (Aphid)
  5. Order : Coleoptera
    1. Kelip-kelip (Firefly)
    2. Kumbang Kura-Kura (Ladybird)
    3. Kumbang rusa (Stag beetle))
    4. Kumbang tanduk (Atlas beetle)
    5. Kumbang badak (Rhinoceros beetle)
  6. Order : Lepidoptera
    1. Rama-rama (Butterfly)
    2. Kupu-kupu (Moth)
  7. Order : Diptera
    1. Nyamuk (Mosquito) - Family : Culicidae
    2. Lalat (Housefly)
    3. Lalat bunga (Hoverfly)
    4. Lalat buah
    5. Bari-bari
  8. Order : Isoptera
    1. Anai-anai (Termite)
  9. Order : Hymenoptera
    1. Lebah (Bee) - Family : Apidae
    2. Semut (Ant) - Family : Formicidae
    3. Tebuan (Hornet) - Family : Vespidae
    4. Tebuan kayu (Horntail) - Family : Siricidae
    5. Penyengat (Wasp) - Family : Chrysididae
    6. Angkut-angkut (Potter wasp) - Family : Eumenidae
  10. Order : Mantodea
    1. Mentadak (Praying mantis)
  11. Order Blattodea
    1. Lipas (Cockroach)
  12. Order : Phasmatodea
    1. Belalang ranting (Walking stick/moving leaf)
  13. Order : Dermaptera - Earwig
  14. Order : Ephemeroptera - Mayfly
  15. Order : Plecoptera - Stonefly

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Engel, Michael S.; David A. Grimaldi (2004). "New light shed on the oldest insect". Nature 427 (6975): 627–630. doi:10.1038/nature02291. PMID 14961119. http://www.nature.com/nature/journal/v427/n6975/full/nature02291.html. 
  2. Rice, C. M., Ashcroft, W. A., Batten, D. J., Boyce, A. J., Caulfield, J. B. D., Fallick, A. E., Hole, M. J., Jones, E., Pearson, M. J., Rogers, G., Saxton, J. M., Stuart, F. M., Trewin, N. H. & Turner, G. (1995). "A Devonian auriferous hot spring system, Rhynie, Scotland". Journal of the Geological Society, London 152: 229–250. doi:10.1144/gsjgs.152.2.0229. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]